Bagi UMNO/Barisan Nasional semenjak awal lagi sedang meraba mencari calon yang sesuai untuk ditemukan dengan bakal Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu yang bernama Anwar Ibrahim. Ini menunjukkan bahawa sekian lama UMNO bermasalah dengan kawasan yang di kuasai oleh Parti Pembangkang itu, UMNO tidak menyediakan pemimpin atau kader parti yang boleh diterima dengan mudah.
Jika dahulu semenjak tahun 2004 dan 2008, calon UMNO/BN yang tewas bertaraf Imam Besar itu terus tinggal di Permatang Pauh dan terus berkhidmat atau bertugas seperti wakil rakyat setiap hari dan terus mengimamkan sembahyang di masjid masjid dalam kawasan Permatang Pauh, agaknya PRU ke 12 dahulu sudah boleh diturunkan majoriti calon Parti Keadilan Rakyat jika pun kalah.
Hari ini UMNO masih merayau dan meraba mencari calon yang sesuai dan semua orang fikirkan dia sesuai untuk mencari calon. Sebilangan berfikiran hendak sangat menjadi calon bertujuan hendak “glamour” macam artis atau selebriti dan yang terpenting sudah pasti akan banyak hasilnya termasuk dapat mengumpul wang.
Jika di Kelantan, calon-calon UMNO/BN yang kalah tidak merasa apa-apa atas kekalahan sebaliknya merasa suka hati kerana dengan kekalahan itu dia boleh gunakan sebagai alat dagangan. Maka banyak calon-calon memberi alasan kekalahannya itu untuk dia di tolong apa-apa bisnes yang dia mohon, kerana dia sudah berkorban untuk UMNO. Maka banyak pertolongan yang diberikan oleh pemimpin Kuala Lumpur kepada perniagaannya. Ini memberi pengertian bahawa calon-calon UMNO/BN yang kalah di Kelantan lebih banyak untung kalah dari menang.
Berbalik ke Permatang Pauh, UMNO masih keliru dalam PRK-Pilihan raya Kecil ini. Awal-awal lagi dia telah mendendangkan akan kalah dengan beberapa alasan yang di rancang untuk menghalalkan kekalahan itu. Sebenarnya UMNO boleh menang dengan mudah jika pemimpin UMNO bukan sahaja di Permatang Pauh, juga di tempat lain supaya berdiam diri atau menutup mulutnya dari membuat kenyataan dan cakap yang tidak bermotivasi.
Di dalam peperangan konvensional atau kontemporari yang paling mudah untuk menang ialah pasukan lawan sedang berkecamuk dan tidak ada disiplin dan teratur. Begitulah UMNO Permatang Pauh yang awal-awal lagi seperti memberi karpet merah kepada calon PKR untuk menang mudah.
Patutnya soal calonnya mestilah sesuai dengan calon PKR yang benama Anwar Ibrahim, gandingan orang yang hendak ditemukan mestilah orang yang mengetahui lemahnya. Dalam biografi Mohamad Ali atau Cassius Clay bekas peninjau tersohor di abad 20, telah menyatakan bahawa sebelum dia bertinju dengan sesiapa, dia akan melihat berjam-jam lama filem (dahulu mana video) orang yang hendak dilawan. Dari itu dia memahami lemah dan kuatnya lawannya.
Maka di Permatang Pauh, kalau hendak mencari calon yang sesuai carilah calon UMNO/BN yang tahu akan kelemahan Anwar Ibrahim. Pilihlah mereka yang mempunyai latar belakang apa sekali pun asal menyebabkan Anwar Ibrahim menjadi tergugat.
Bagaimana pun orang yang sesuai untuk bertanding di Permatang Pauh berdasarkan latar belakang Anwar Ibrahim yang mempunyai pengalaman dan kebetulan dia selalu di panggil de facto. Maka UMNO/BN perlulah ikut sama meletakan seorang yang juga diketahui de facto di dalam UMNO dan kerajaan yang ditadbirkan oleh “Outgoing Prime Minister” Abdullah Hj Ahmad.
Walau pun dia tidak menunjukkan diri di khalayak ramai, tetapi semua Menteri Kabinet khasnya Menteri-Menteri penting kena mendengar arahannya khasnya menteri yang ditunjuk olehnya seperti penagih arak tegar Zaid Ibrahim dan penyamun tarbus yang bernama Amirsham yang melingkupkan duit May bank hampir RM500 juta yang kemudian diberikan anugerah Tan Sri atas pengkhianatan duit orang ramai itu, dan ini satu ajaran Islam Had hari-ada had dan ada hari.
Calon itu sudah pasti Datuk Kamalludin Bin Datuk Seri Abdullah Bin Datuk Ahmad Bin Abdullah Bin Fahim. Bagi melengkapi keluarga Oligarki yang menguasai UMNO amat sesuai penama ini menjadi calon.
Penama ini memang diketahui dalam masyarakat UMNO, orang yang dirundingkan oleh Outgoing Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad dalam semua keputusannya dan orang yang mengawal Menteri Kewangan. Bertindak sebagai de facto itu sebab penagih arak tegar dilantik menjadi Menteri hanya semata-mata nak bagi duit kepada bapak mentua pegawai kanan syarikat Scommi miliknya dan juga orang dibelakang layar pembelian bank-bank di luar negeri dengan menggunakan May bank sebuah GLC.
Dikatakan sesuai ialah penama ini juga sudah belajar menjadi Perdana Menteri dan dari segi kekayaan janganlah katalah, kalau dalam filem tiga abdul, harta si mati berada dalam macam-macam go head gostan negeri terletak hartanya, penama ini banyak hartanya di Amerika, England dan tidak tertinggal di Australia sebagai negeri keduanya selepas Malaysia. Kata orang orang yang rajin mengira harta keluarga Abdullah Hj Ahmad yang terdiri anak, menantu dan adik beradik tak kurang RM6Billlion dan mungkin bertambah dalam masa dua tahun lagi.
Itu sebab Kerajaan Pusat nak ambil alih projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan terpaksa nak diteruskan, khabar-khabar di kaki lima bahawa syarika China itu telah memberikan sogokan atau wang bawah meja yang bukan sedikit jumlahnya, sehingga Syed Hamid yang bertugas sebagai Menteri Luar ke China digunakan membuat rundingan. kepada penama ini dan juga Setpol nya yang bernama Vincent. Itu sebab dikatakan jika setakat RM50juta dilaburkan dalam PRK di Permatang Pauh, calon ini melihat hanya sekadar dicelah gigi.
Sumber : http://sangkelembai2006.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment