Pages

Saturday, August 16, 2008

UiTM meneruskan demonstrasi

Nampaknya pelajar-pelajar UiTM masih meneruskan demonstrasi dihampir seluruh UiTM kampus UiTM seluruh Negara termasuk wcawangan Permatang Pauh (Pulau Pinang)


Tunjuk perasaan ribuan pelajar UiTM ini digerakkan oleh Ibrahim Abu Shah sendiri. Beliau telah menjelaskan di dalam Buletin Utama TV3 bahawa tunjuk perasaan itu mendapat perkenannya kerana dia "berkecil hati" dengan cadangan Abdul Khalid. Histeria' yang melanda ini KONONnya berpunca daripada cadangan Abdul Khalid agar UiTM membuka 10 peratus pengambilan kepada pelajar bukan bumiputera. Langkah ini, jelas beliau penting untuk meningkatkan daya saing pelajar dan mutu universiti awam bumiputera itu.



Disaat-saat pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh semakin hampir, para pelajar yang sudah sebati dibelenggu Akta dan ditanam budaya takut untuk menyuarakan pandangan tentang politik dan isu semasa, seperti mendapat nafas baru dan GHAIRAH untuk berdemonstrasi. Mereka tidak dapat berfikir apakah implikasi terhadap seluruh rakyat Malaysia sekiranya Doll dan menantu terus memerintah negara tercinta ini.

0 comments:

Post a Comment