Pages

Sunday, August 24, 2008

Ceramah Umum di Kampung Masjid Timah (24/08/2008)

Majlis ceramah ini digemparkan dengan kehadiran Romlang Porigi. Iaitu imam yang dikatakan menjadi saksi sumpah Saiful. Di sini Romlang menegaskan yang beliau telah "diarah" untuk menghadiri majlis tersebut. Tetapi Romlang tidak menyatakan siapa yang mengarah beliau.


Majlis ini dimulakan dengan ceramah dari YB Mahfuz pada pukul 9.40pm. Beliau menyatakan yang PAS memberikan sokongan yang padu kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia juga menyakan yang kerajaan BN yang ada sekarang ini adalah LLB (Lambat, Lembab & Bengap)

Merujuk kepada kenyataan yang Anwar merupakan agen asing, Mahfuz menyatakan Pak Lah telah membenarkan pihak FBI datang ke Malaysia untuk menangkap Ibrahim Adham (tak confirm ejaan) yang ketika itu sedang belajar di UIA. Dia juga menegaskan yang kerajaan BN sekarang cuba menutup kejahatan dengan kezaliman.


Penceramah berikutnya adalah saudara Wan Azizan dari PAS Perlis. Dia menyatakan yang penduduk Permatang Pauh bertangungjawab membuat perubahan kepada politik Negara Malaysia. Oleh itu undilah Anwar Ibrahim.
Polis juga mengadakan road block di salah sebuah ladang tebu di Perlis kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Kemudian diikuti oleh ceramah dari YB Mujahid Yusuf Rawa. YB Parlimen Parit Buntar.


YB Zulkifli Ahmad, ahli parlimen Kuala Selangor menyatakan yang kerajaan BN tergesa-gesa menurunkan harga minyak dan mereka sekarang dalam keadaan terdesak/tersepit.


Mat Sabu berkata yang PRK Pmtg Pauh bukannya yang terganas seperti digembar-gemburkan oleh pihak media dan BN. Ada yang lagi ganas seperti pilihanraya kecil Padang Terap dimana seorang petugas PAS telah terbunuh dan pilihanraya kecil Indera Kayangan dan Ijok dimana beberapa orang petugas PKR telah cedera dan dimasukkan ke dalam hospital.

Beliau secara berseloroh menyatakan harga minyak akan turun apabila ada pilihanraya kecil, oleh itu dia berharap agar lebih banyak pilihanraya kecil akan diadakan.


YB Fong DAP, ahli parlimen Batu Gajah menyarankan agar pengundi keluar awal-awal untuk mengundi.


Penceramah berikutnya adalah Saudara Husam Musa. Dia mulakan ceramahnya dengan sejarah pada 26/8/1883 di mana gunung berapi Krakatoa telah meletup dan menyebabkan tsunami yang dasyat, kini pada 26/8/2008, satu tsunami politik akan berlaku di Malaysia. Kerajaan BN amat takut jika Anwar berjaya jadi PM oleh itu Anwar diserang bertalu-talu oleh pihak media yang dikuasai oleh BN. Oleh itu beliau menyarakan agar kita memboikot TV dan suratkhabar kerana media tengah gila sekarang ini.

Penceramah yang berikutnya adalah.

YB Zaharin Hashim (PKR), Bayan Baru, Pulau Pinang


Mustafa Kamil Ayop, naib presiden PKR


YB Tien Chua, ahli parlimen Batu.

Mengikut jadual Dato' Seri Anwar sepatutmya hadir tetapi tidak. Mungkin ramai yang kecewa termasuk beberapa orang wartawan, termasuk seorang dari Holland.

0 comments:

Post a Comment