Pages

Friday, August 8, 2008

Amerika dan Majlis Peguam

Kuasa Usaha kita di Washington telah dipanggil oleh Jabatan Amerika Syarikat bersabit pertuduhan kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala Majlis Peguam tetap akan meneruskan penganjuran forum Memeluk Islam pada hari Sabtu ini bersamaan 9.8.08.

Jika kita sedar kedua-kedua kes itu melibatkan terus dengan 'Perundangan Islam' ?

Soalnya kenapa kita tidak menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyelesaikan kes DSAI? Jika kes itu diselesaikan di Mahkamah Syariah mungkin Amerika tidaklah terlalu prajudis sangat kepada kerajaan kita yang ada pada hari ini.

Amat mengecewakan bila kes yang sepatutnya boleh dibicara mengikut 'Perundangan Islam' tetapi telah dikendalikan oleh Hakim bukan Islam serta Peguam-peguam bukan Islam.

Sepatutnya inilah masa yang terbaik untuk kita buktikan bahawa sistem Perundangan Islam itu lebih baik dan adil bukan sahaja kepada masyarakat Islam tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam dinegara ini.

Jika kita sendiri tidak berminat dan tidak mahu menggunakan Mahkamah Islam, jadi bagaimana kita mahu menghalang pihak Majlis Peguam mahu meneruskan Forum memeluk Islam. Sudah pasti dalam forum itu nanti, mereka akan mempertikaikan Perundangan Islam yang ada dinegara ini?

Bolehkah kita berkata kepada Amerika dan Majlis Peguam "Jangan masuk campur dalam urusan (Islam)"....sedangkan kita sendiri tidak berminat dengan Perundangan dan Peraturan-peraturan Islam dinegara ini?

Hanya Pemimpin yang adil dan bijaksana sahaja yang boleh menyelesaikan sesuatu kes dengan adil dan bijaksana. Begitu juga disebaliknya...!

Sumber : http://suarasukj.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment