Pages

Tuesday, August 12, 2008

Demo UITM : Mengapa tiada ruang diplomasi?

Sesiapa pun boleh memberi cadangan sekiranya difikirkan cadangannya itu mampu membawa kebaikan kepada semua. Akibat dari cetusan idea MB Selangor yang TIDAK mempunyai kuasa untuk menentukan kuota dan hal pengambilan pelajar UITM, pelajar-pelajar UITM lelaki dan wanita seronok berdemonstrasi. Sedangkan itu hanyalah sekadar cadangan dan dimasa yang sama telah ada pelajar-pelajar non-bumi yang menuntut di UITM. Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim telah mengulas isu ini dan sepatutnya pelajar UITM mencari kebenaran dari ulasannya itu.

Adakah pelajar-pelajar UITM yang berdemo itu tahu bahawa cadangan ini pernah dibangkitkan dan cuba dilaksana beberapa tahun lalu dizaman UMNO memerintah Selangor? Dan hanya kerana cadangan ini datangnya dari MB pakatan PKR maka pelajar-pelajar UITM merasakan perlu berdemo untuk mempertahankan hak melayu.

Persoalannya mengapa Yang Dipertua MPP UITM tidak cuba bertemu MB untuk mendapat penjelasan lebih lanjut berhubung cadangan ini sebelum mengadakan demonstrasi. Mungkin Yang dipertua MPP UITM mempunyai rancangan jangka panjang untuk menjawat jawatan ketua pemuda UMNO pada masa akan datang. Tidak kah pelajar-pelajar UITM merasa bahawa mereka lah yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik? Mungkin disebabkan terlalu fokus kepada pelajaran menyebabkan mereka lupa untuk berdiplomasi.

Sepatutnya Yang Dipertua MPP perlu membantu kawan-kawan dan penyokong-penyokong dari penyakitpenyakit sosial yang sedang melanda pelajar-pelajar IPTA. Ini adalah masaalah anak bangsa melayu yang perlu ditangani segara. Dalam masa yang sama NC UITM dan pencacai UMNO cuba menunjukkan semangat kemelayuan yang tinggi dan mengugut untuk mengumpulkan lebih ramai pelajar-pelajar berdemo.

Penulis harap adik-adik penulis yang berada UITM Segamat dan Shah Alam tidak akan terbabit didalam "demonstrasi bodoh" ini.

0 comments:

Post a Comment