Aku harap la..ko baca artikel ni zam...
******************************************************************************
Artikel Oleh PAS Johor Bahru
Salam Kamunting, Kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Selesai saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli di kem neraka ciptaan UMNO itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.
Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hisyamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam islamis macam budak 'usrah'. Sebaik mengecapi suasana gembira pertemuan singkat luar jangka itu, saya mengambil masa beberapa minit di luar kem untuk mengingati bahawa lelaki itu adalah YB Tuan Haji Saari Sungib, tokoh hebat yang hentian akhir perjalanan dakwahnya adalah sebagai aktivis PAS yang cukup unik dan multazim.
Saya bayangkan itu adalah kemuncak 'pencarian' beliau dan saya meyakini pilihannya itu adalah tepat dan berpetunjuk. Saya suka untuk bersama - sama menumpang orang - orang hebat sepertinya.
Adapun saudara Ezam, perjalanannya tampak belum berhenti. Dari sirah dan umur perjuangannya sekitar 10 tahun ini, beliau telah memilih untuk balik asal. Kini beliau kembali kepada UMNO.
Samada Tuan Haji Saari Sungib tak sempat khatamkan untuknya siri buku 'Risalah Usrah'nya itu di kem neraka tersebut, ataupun memang saudara Ezam tak dapat mengukur ketinggian nilai persahabatannya dengan abangnya itu, kedua - duanya bagi saya adalah betul belaka.
Saya tak kenal Ezam. Saya mengenali dan mengaguminya daripada jauh. Kiranya, saya kurang layak untuk menulis mengenainya hari ini. Saya pendekkan, moga saya tidak tersasar pula selepas dia yang telah pun tersasar.
Yang terakhir saya diberitakan pasal Ezam adalah selepas pilihan raya umum ke 12 baru - baru ini. Saya rasa ia tepat dengan tindakan Ezam hari ini. Dulu, Ezam melakukan sesuatu yang terpuji pada anggapan pencinta keadilan dan pembenci kezaliman. Hari ini, ketika beliau sudah diangap berpaling tadah, saya masih mengharapkan tiada apa yang runtuh daripada amal baiknya dulu.
Tetapi itu hanya Allah yang maha tahu. Maka saya menyendiri dan kaku sekali untuk menempelak dan mencercnya. Moga rahmat Allah terus mengekori pergerakan Ezam dalam UMNO. Dia budak baik, bagi saya.
Ezam, walaupun memberitahu bahawa sebab beliau kembali kepada UMNO adalah kerana inisiatif 'islah' Pak Lah membaiki negara yang nampak betul -betul dan tak berlakon lagi, tetapi saya fikir itu bukanlah sebab utamanya. Ya, ia sebab tapi ia bukan sebab utama.
Saya gagal membayangkan betapa orang yang bersungguh - sungguh menggerakkan GERAK memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara itu begitu mudah menerima pembaikian dan reformasi yang Pak Lah lakukan selepas pilihan raya baru - baru ini. Ia hanyalah pengumuman pembentukan yang belum pun dilihat hasil dan sudahnya. Ezam sudah masak untuk cukup memahami apa itu janji - janji UMNO.
Bagaimana dibayangkan keberanian Ezam merempuh segala caci maki, kata nista, celaan dan cercaan pemuji dan pemujanya dahulu yang menghujaninya sepanjang penyeberangannya kembali kepada UMNO itu adalah semata - mata kerana kata janji Pak Lah yang tak terbukti pun lagi itu? Sukar saya membayangkan logik tindakan Ezam itu.
Kerana itu saya hanya merasa tenang dengan sebab yang lain daripada apa yang Ezam isytiharkan.
Beberapa ketika selepas pilihan raya, Ezam diberitakan membayangkan betapa Malaysia tidak mungkin sama sekali berPMkan Dato Seri Anuar Ibrahim. Itu kerana senario politik selepas pilihan raya baru - baru ini seperti membenarkan telahan yang sukar itu mungkin bakal menjadi kenyataan. Ezam tidak dapat menerima hakikat ini.
Adalah jelas Ezam telah bertindak keluar daripada parti Keadilan atas sebab tidak berpuas hati dan tidak lagi mempercayai kepimpinan Dato Seri Anuar Ibrahim. Dan kepada orang - orang tertentu, Ezam seperti 'membongkar' apa yang baginya dia tahu dan orang lain tak tahu mengenai Anuar. Kenyataan umum Ezam, Dato Seri adalah hipokrit.
Justeru beliau tidak segan untuk menyatakan betapa beliau menyesal tak sudah - sudah berjuang mempertahankan 'hak' bekas pemimpin idolanya itu. Ia tak tertebus sehinggalah beliau kena kembali berpatah arang menentang idolanya itu.
Ezam masuk UMNO kerana mahu menghalang Dato Seri Anuar Ibrahim kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.
Inilah sebab utama. Justeru Pak Lah yang leceh sangat janjinya itu menjadi lebih baik di sisi Ezam berbanding Dato Seri Anuar Ibrahim.
Ini ketenangan yang saya rasai, mengapa Ezam melakukan apa yang disifatkan sebagai 'terjunan maut' terhadap karier politiknya oleh kebanyakan pengamat politik hari ini. Tidakkah UMNO hari ini bagai bumi dilanda gempa? Siapa masuk, maut menanti. Kerana itu, Tun Mahathir yang selalu cerdik itu keluar dari bumi UMNO dengan lompatan bergalah.
Betulkah Ezam, saya tinggalkan perbahasan untuk andalah. Tak salah anda membahaskan.
Berjayakah Ezam, kita nantilah. Tak salah kita menanti.
Bagaimana jika menang dan bagaimana jika kalah, anda ulaslah sendiri. Tak salah saya malas nak ulas.
Biarlah apa pandangan anda, saya tetap kata Ezam budak bagus dan budak baik. Budak baik tak semestinya betul tindakannya selalu, apatah kalau baik jenis betul bendul. Tapi Ezam bukan jenis ini. Jenis betul bendul tak mungkin diberi kepercayaan memimpin, apatah dalam dunia politik yang penuh mangsa dan pemangsa. Ezam adalah pemimpin yang ada karisma. Dulu.
Saya tinggalkan anda di sini. Cuma, pakailah yang terakhir ini.
Berjuanglah untuk Islam. Anda akan beroleh petunjuk yang betul. Berjuanglah untuk akhirat. Anda akan diberi kehidupan yang benar dan abadi. Berjuanglah di belakang RasuluLlah, anda akan menikmati perjuangan anda selama - lamanya.
Ezam telah berjuang habis - habisan untuk Dato Seri Anuar Ibrahim. Dia cuba menikmati perjuangannya itu. Dia gagal. Dato Seri tak pun membela dan menyayanginya. Lama dia merana. Hari ini, Ezam cuba keluar daripada dukanya.
Semua tahu dia keluar dengan memilih jalan salah. Samada DSAI itu betul atau salah, Ezam telah pun salah. Beliau tersadung lagi.
Mengapa?
Allah berfirman, " Dan orang - orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan - jalan Kami."
Banyak - banyak jalan tuhan, UMNO 'confirm' jalan thaghut.
Bila Ezam pilih UMNO, Ezam budak baik yang tersesat lagi. Ezam kena patah balik. Seribu kali patah balik ke jalan Allah lebih baik daripada istiqamah terus di jalan UMNO. Semoga Allah mengekori Ezam dengan rahmatNya yang luas. Semoga PAS sentiasa memimpin kepada politik Islam yang bersih dan tulus.
Sunday, June 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment