Korang rasa KERAjaan akan turun kan balik harga minyak ke?...rasa cam tidak jerrr..************************************
Oleh: ulit_mayang
Berikut adalah beberapa soalan yang boleh dikemukakan oleh rakyat Malaysia kepada Petronas Carigali, TCOT dan juga Petronas Penapisan.
Soalan 1Berapakah jumlah pengeluaran minyak mentah Malaysia setiap hari, bulan dan tahun?
JawapanMalaysia mengeluarkan sebanyak 750,200 tong minyak sehari, atau 22,506,000 tong sebulan atau 8,214,690,000 tong setahun
Soalan 2Berapakah jumlah kapasiti pengeluaran kilang penapis minyak milik Petronas di Malaysia
JawapanMalaysia mempunyai kilang menapis minyak dengan kapasiti berikut
i. Kertih, Terengganu 63,500 tong sehari
ii. Melaka Kompleks 1 100,000 tong sehari
iii. Kompleks 2 sebanyak 100,000 tong sehari
Baca lagi...
Soalan 3
Dari mana punca minyak mentah yang digunakan oleh kilang penapis Petronas di Kertih dan Melaka?
Jawapan
Semua sumber minyak mentah yang digunakan oleh kilang–kilang penapisan tadi adalah diperolehi dan dibekalkan dari telaga di pesisir pantai Terengganu, iaitu dari jenis Malaysian light, sweet crude
Soalan 4
Terangkan secara ringkas bagaimanakah proses pengerudian, penghantaran, pengasingan dan penapisan dijalankan?
Jawapan
Minyak yang disalur dari lapangan, offshore oleh Petronas Carigali ke TCOT – Terengganu Crude Oil Terminal, akan melalui proses pengasingan bagi menghasilkan crude oil dan seterusnya dihantar ke Kilang Penapisan Petronas di Kertih dan Melaka untuk proses penyulingan. Sebahagian besar dari crude oil keluaran TCOT tadi akan disalurkan ke Jeti Kertih, bagi tujuan eksport
Soalan 5
Berapakah harga minyak mentah jenis Malaysian light, sweet crude yang digerudi dan digali dari pesisir pantai Terengganu dijual oleh Petronas Carigali kepada Petronas Penapisan Sdn Bhd?
Jawapan
Tidak diketahui. Tetapi kemungkinan besar ianya mengikut harga pasaran antarabangsa, walaupun akhirnya nanti hasil minyak tadi adalah untuk dijual dan kegunaan tempatan.
Soalan 6
Adakah Petronas Carigali bersedia menjual dan menetapkan harga minyak mentah kepada Petronas Penapisan, mengikut harga yang lebih rendah, dan tidak mengikut harga pasaran antarabangsa.
Jawapan
Tidak pasti. Tetapi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar, adalah elok Petronas Carigali menjualnya kepada Petronas Penapisan mengikut harga antarabangsa, walaupun akhirnya sebenarnya miyak tersebut adalah untuk kegunaan domestik, iaitu rakyat Malaysia.
Soalan 7
Adakah Petronas Carigali, TCOT dan Petronas Penapisan Sdn Bhd bersedia untuk berunding bagi menetapkan harga yang berpatutan iaitu yang lebih rendah, bagi meringankan beban rakyat?
Jawapan
Tidak pasti. Ini kerana kumpulan Petronas telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu dengan kawalan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Malaysia.
Soalan 8
Berapakah jumlah pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan tahunan Petronas Carigali Sdn Bhd?
Jawapan
Sila dapatkan laporan tahunan dan audit syarikat
Soalan 9
Berapakah jumlah pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan tahunan Petronas Penapisan Sdn Bhd?
Jawapan
Sila dapatkan laporan tahunan dan audit syarikat
Soalan 10
Berapakah aset terkumpul kumpulan Petronas, jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan, jumlah keuntungan, jumlah royalti yang dibayar kepada negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak, sejak tahun 1974?
Jawapan
Tidak pasti. Ini kerana tidak ada rekod yang dikemaskini. Semuanya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kawalan mutlak Perdana Menteri.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan kerjasama yang diberikan. Maklumat ini adalah untuk tatapan rakyat Malaysia.
Sekian, terima kasih
Nota
• Jawapan disediakan bagi tujuan perbandingan dengan ulasan dan jawapan – jawapan yang akan diberikan oleh pihak pengurusan Petronas
• Tuan–tuan dan puan–puan boleh membuat perbandingan nanti
• Keputusan akhir adalah terpulang kepada budi bicara tuan – tuan dan puan – puan sekalian, samada kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel adalah memadai atau perlu dinaikkan lagi bagi menambahkan lagi tahap keuntungan Petronas
• Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berkorban apa sahaja, jiwa raga dan harta benda demi untuk kemajuan dan kekayaan negara, anak cucu kita dan syarikat minyak milik negara kita, iaitu Petronas.
6 soalan tambahan untuk Petronas
Soalan 1
Adakah minyak Petrol dan Diesel yang digunakan di Malaysia ditapis dan diproses di Kilang Penapis minyak milik Petronas Penapisan Sdn Bhd di Kertih dan Melaka?
Soalan 2
Adakah minyak mentah yang diproses dan ditapis di Petronas Penapisan Sdn Bhd dibekalkan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd?
Soalan 3
Adakah Petronas Penapisan Sdn Bhd bersedia untuk membeli dan mengimport minyak mentah dari pembekal luar negara bagi tujuan penapisan?
Soalan 4
Berapakah harga satu tong minyak mentah yang dibayar oleh Petronas Penapisan Sdn BHd kepada Petronas Carigali Sdn Bhd?
Soalan 5
Adakah minyak yang ditapis oleh Petronas Penapisan Sdn Bhd dibekalkan hanya untuk kegunaan stesyen minyak milik Petronas Dagangan Sdn Bhd sahaja?
Soalan 6
Adakah terdapat pemilik stesyen minyak milik syarikat -syarikat lain yang turut membeli minyak yang ditapis oleh Petronas Penapisan Sdn Bhd? Namakan sekiranya ada?
Kerjasama yang diberikan sangat dihargai
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment