Pages

Tuesday, June 24, 2008

PLKN; Lubuk duit

PLKN, satu program yang amat baik utk membentuk remaja kita yg semakin hanyut.

Malangnya, semakin lama, PLKN semakin hancur.
Saya adalah antara ribuan jurulatih perintis PLKN, saya bermula daripada kump 1, siri 1/2004 semasa di IPTA lagi sehingga berundur pada kump 3, siri 4/2007.

Kenapa saya berhenti PLKN?

1. Saya tidak mau lagi terlibat dgn rasuah di kalangan pegawai2 tentera dalam kem PLKN dari hirarki tertinggi iaitu Komandan, Timb Komandan Pengurusan dan Timb Komandan Latihan. Rasuah sangat berleluasa. Masalah bas tak datang ke lokasi utk khidmat komuniti, masalah makanan tercemar, masalah dobi tak bersih dan busuk.. dan banyak lagi.. adalah disebabkan rasuah yg menjadi amalan bersama pegawai2 tentera ini dengan kontraktor.

Rumah masak di kem saya pernah disita selama hampir 2 minggu kerana 51 org pelatih keracunan makanan - makan ayam busuk. Kenapa ayam busuk? Kenapa sayur berulat? Kenapa buah dan kuih mengecil? Sebab tukang beli dan tukang masak hanya dapat bajet ciput utk beli stok mentah makanan disebabkan terdapat 'persinggahan' bajet di peringkat JLKN, pentadbiran kem dan juga kontraktor.

Kenapa bas tak mau datang amik budak2 pegi lokasi khidmat komuniti? Kenapa bas yg datang takde aircond, buruk, cermin pecah, takde permit? Sebab berlakunya 'persinggahan' bajet dari peringkat atasan hingga ke pentadbiran kem dan kontraktor bas. Satu pagi sedang saya menguruskan pelatih2 yg nak keluar khidmat komuniti, tiba2 bas tak datang. Saya call kontraktor, tanya kenapa tada mari? Dia jawab sebab payment kumpulan lepas pun belum dapat lagi. Siapa punya kampeni bas? Dato Nabil iaitu pemilik kepada Nakiwa Sdn Bhd. Sapa Dato Nabil? Cari la sendiri..

Macam tu jugak dgn dobi.. ah ceritanya sama je..

Menteri yang berkenaan iaitu seorang menteri yang bakal jadi PM kita tak lama lagi setelah peralihan kuasa dibuat oleh PakDolah, berkata pada tahun 2007 "kita akan buat tender terbuka utk PLKN". Ooohh!! Sebelum ni tender tertutup la??


2. Saya sudah JELAK dengan perangai GILA KUASA pegawai2 tentera dalam kem dan juga di Tingkat 10 Menara TH Selborn, termasuk yang dah pun ada title (B) di nama masing2.

Tahun lepas saya dan kawan2 juruletih buat aduan ttg salah laku komandan kem saya.

Read carefully. SALAH LAKU KOMANDAN KEM SAYA.

Bukan salah laku saya.

Tapi apa yg kami dapat?

Kami dipersalahkan 100%. Saya hampir dibuang daripada PLKN, tapi saya amat bersyukur kerana belum sempat mereka membusukkan nama saya, saya telah buat keputusan utk berhenti sendiri terlebih dulu. Saya dapat tahu ttg misi dan niat hendak membuang saya dari PLKN, setelah saya buat keputusan utk berhenti. Saya tau kerja sapa, tak lain tak bukan dialah Timbalan Komandan Latihan di kem millennium, beranang iaitu Lt Kol (B) Shamsuddin bin Thani. Sebab dia ambil alih sementara tugas Mejar Sakir masa buat TOT KJ hujung tahun 2007.

Baru sebentar tadi saya dapat call drp kawan saya, yang pernah buat aduan ttg Shamsuddin Thani ke pihak atasan JLKN pada awal tahun 2008. Mereka buat aduan sbb PLKN di kem millennium dah jadi PLKS (Program Latihan Khidmat Shamsuddin).

Setelah mereka buat aduan, mereka dicampak keluar daripada kem millennium dan mereka pun menghuni kem2 lain.

Tadi, mereka dapat surat tamat perkhidmatan berkuatkuasa pada 25 Jun 2008. Hari ini, hari mereka dapat surat ni adalah 24 Jun 2008.

GILA! KEJAM!! TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!!!


3. Objektif PLKN ada 5, dan 4 modul utama PLKN yang menjadi pemangkin kepada 5 objektif berkenaan. 4 modul utama:

* Modul Fizikal
* Modul Kenegaraan (KN)
* Modul Pembinaan Karakter (CB)
* Modul Khidmat Komuniti (KK)

Tapi sekarang, semuanya dah kena CANTAS. Modul Kenegaraan paling teruk kena cantas disebabkan lambakan modul2 yang masuk di antaranya:

* Integrasi / Silang Budaya
* Jenayah
* Kewangan
* Sastera & Budaya (PPSB)
* ni nak masuk pendidikan seks pulak..

Akibatnya daripada 36 LDK, tinggal 5 atau 6 LDK je yg dapat dijalankan di kem2.

Modul KK pulak dah takde maknanya lagi. Kalau dulu tahun 2004, kami pulun mencari agensi yg dipanggil 'Sahabat Negara' utk pastikan modul berjalan lancar dan pelatih dpt kesedaran dalam 4 elemen utama modul KK.

Tapi sekarang, dah jadi modul jalan2 makan angin.

Pegi muzium, pegi majlis sambutan sana sini.. Pegi pameran..

Pegang cangkul tak boleh, cabut rumput x boleh, sapu sampah tak boleh.. cat kerb tak boleh.. pegang pongkes tak boleh.. kikis lumut kat dinding tandas awam tak boleh..

Apa gunanya buat modul KK kalo semua tak boleh buat.. nak manjakan aje pelatih baik tak payah buat PLKN. duduk je bkepit bawah ketiak mak masing2.

Saya fed up dengan ini semua. Add ons - jurulatih2 baru yang jadi jurulatih sebab susah nak dapat kerja lain. Hatinya tak ada utk mendidik pelatih2 ni. Sekadar nak mengisi poket aje. GAGAL. Lembab, nak senang, banyak komplen. Fed up! Fed up!

Tolonglah sesiapa buat sesuatu utk selamatkan remaja kita.. sebab PLKN dah tak relevan lagi...
"

0 comments:

Post a Comment