Pages

Saturday, June 7, 2008

Dollah menipu lagi

Engko ni kan dollah...dah tak bleh cakap yg benar..pasal ko asyik menipu jerr..da jadi tabiat ko menipu tu dollah!

******************************************
Oleh cina-islam

Amarah rakyat semakin menjadi-jadi, demonstrasi mungkin akan berlaku setiap hari. Demikianlah rasa tidak puas hati rakyat dengan keputusan" tidak berperikemanusian" yang menyusahkan semuas makhluk Allah di bumi Malaysia ini.

Bagi meredakan kemarahan itu Kerajaan berjanji akan mengumumkan butiran mengenai empat langkah segera awal minggu depan yang bertujuan untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan tarif elektrik, kata Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pertemuan dengan para editor kanan di sini, Perdana Menteri berkata, empat langkah itu melibatkan tindakan :

1.penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan.

2.memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal serta orang kurang upaya.

3.menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah

4.meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.

Langkah ke 3 dan 4 telah sekian lama terabai dan tidak pernah dapat dibuktikan kebenarannya oleh pihak kerajaan. Semuanya indah dibibir sahaja. Sebelum kenaikan harga minyak harga barang telah melonjak naik sehingga mencapai lebih 100%. Adakah mungkin dengan harga minyak naik sehingga 40% harga barang boleh dikawal ?

Tunggulah sehingga "ikan keli bersisik" atau " ayam jantan bertelur" !

Begitu juga dengan pengangkutan awam saya sudah tidak percaya setelah janji untuk memulihkannya tidak nampak langsung pada tahun 2006 sehingga sekarang, sedangkan PM berjanji penjimatan hasil kenaikan harga minyak pada 2 Feb 2006 akan disalurkan untuk sektor ini.

Penjimatan kos jabatan dan agensi tidak akan berhasil selagi apa yang didedahkan oleh Ketua Audit negara tidak dapat dibenteras. Realitinya dengan kenaikan harga barang bil berganda akan bertambah banyak. Mustahil akan semakin kurang. Jadi dimanakah realiti PM ingin menyelesaikan masalah ini bila minyak sudah naik ?

Tinggal lagi ibu tunggal dan orang kurang upaya, kalau yang ini juga diabaikan dan cuba dipermainkan saya sudah tidak ada komen lagi , melainkan Allah lah tempat kebergantungan kita yang sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment