Pages

Sunday, June 8, 2008

Ezam: Anak terbuang

Ke kiri tak boleh..ke kanan lagi la tak boleh...mati tengah2 jerr la ko zam...
*************************************
BEBERAPA hari yang lalu, Ezam Mohd Nor pasti merasakan dirinya sebagai seorang bintang rock. Media memberikan liputan yang meluas terhadapnya. Gambarnya terpampang hampir diseluruh akhbar utama, malah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi menerima borang kemasukkan Ezam ke dalam UMNO.

Kemasukan Ezam kembali ke dalam UMNO bolehlah diumpamakan sebagai pulangnya anak yang terbuang, dan sebagaimana kisah anak yang terbuang, bukan semua orang bergembira dengan liputan yang diberikan kepada Ezam.

Malah, seorang ahli politik UMNO dari kedah secara berterus terang mengatakan :”Tak Ada seorang pun yang saya temui gembira dengan perkara ini”

Walaupun kemasukan kembali Ezam ke dalam UMNO masih belum mendapat kelulusan Majlis Tertinggi UMNO, ia telah menjadi satu tajuk yang paling panas di dalam UMNO sendiri. Pelbagai reaksi ditunjukkan daripada perasaan tidak percaya kepada Ezam hinggalah kepada menentang secara terang-terangan

“Secara jujurnya, saya masih sukar menerima perkara ini. Walaupun kita menerima keputusan pucuk pimpinan akan tetapi kami akan menhadapi kesukaran untuk memberi penerangan kepada ahli akar umbi,” kata Datuk Rahman Dahlan, Setiausaha Pemuda UMNO.

Baca lagi...

0 comments:

Post a Comment