Pages

Wednesday, June 4, 2008

BN dan matematik.

Itulah cara kiraan matematik paling ‘tolol’ untuk memastikan kerajaan membela rakyat

*************************************************
Kajian Kes Kenaikan Harga Minyak

“Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil. Subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.” Kata Dollah Badawi

Kes Pertama : Seorang buruh, pendapatannya RM 1000 sebulan, menggunakan sebuah motorsikal dengan perbelanjaan minyak motorsikal ketempat kerjanya dan urusan lain sebanyak RM 100 sebulan. Setahun belanja minyak motorsikalnya adalah RM 1200. Sekarang apabila minyak naik harga sebanyak 41%, kos minyak motorsikalnya akan menjadi RM 141 sebulan. Setahun dia akan mengalami kenaikan kos minyak motosikalnya menjadi RM 1692. Belanja minyak motorsikalnya akan meningkat sebanyak RM 492 setahun
Dollah Badawi kata kerajaan UMNO/BN komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan.

Jadi kerajaan kata subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Maka kerajaan akan berikan bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal.

Kes Kedua:

Seorang pekerja swasta, berpendapatan RM 2000 sebulan. Mempunyai sebuah kereta ‘proton’ buruk yang jumlah belanja minyak kereta sebulan adalah sebanyak RM 200 sebulan. Dalam setahun perbelanjaan minyak keretanya adalah berjumlah RM 2400. Sekarang kerana kerajaan UMNO/BN menaikkan harga minyak petrol sebanyak 41% maka kos ataupun belanja minyak keretanya akan menjadi RM 3384 setahun. Maka pekerja swasta ini akan menanggung beban akibat kenaikan harga minyak sebanyak RM 984 setahun.

Oleh kerana Dollah Badawi yang mengetuai kerajaan UMNO/BN komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan.

Jadi kerajaan kata subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Maka kerajaan akan berikan bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kereta.

Kesimpulan:

Itu belum beban-beban lain yang pasti akan muncul dan akan ditanggung oleh si Buruh dan si Pekerja Swasta di atas.

Oleh kerana pengeluar, pengedar, pemborong, peruncit juga akan turut mengalami kenaikan kos sebanyak 41% didalam kos operasi perniagaannya, maka sudah pasti pengeluar, pengedar, pemborong, peruncit akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Kesimpulannnya, diulangi sekali lagi “Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil. Subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.” Kata Dollah Badawi

0 comments:

Post a Comment