Naik lagi...Barang Naik..Barang Naik..BN..BN..
*****************************************************
PUTRAJAYA: Satu struktur baru tarif elektrik untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.
Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt jam (kWj) sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang dari RM43.60.
"Ini bermakna 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama,” kata beliau pada sidang media di sini.
Pengguna domestik dan industri akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus melalui struktur baru tarif itu, kata beliau.
Bagaimanapun, bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengusaha industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi dari 200 kWj setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus, katanya.
"Sektor komersil dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan dalam operasinya manakala pengguna isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelakkan dari pembaziran,” katanya.
Abdullah berkata pelaksanaan struktur tarif baru itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi di mana usaha itu akan menuju ke arah pasaran sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran serta mengalakkan rakyat Malaysia menjimatkan sumber tenaga.
Wednesday, June 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment