**********************************************
Copy from:http://hishamjabar.blogspot.com
Apa nak buat.. Pergi pasar malam semalam, semua barang naik lebih kurang RM 0.20.. Apam balik dah jadi RM2.00 (sebulan lepas RM1.80) , Murtabak pun dah RM2.00 (sebulan lepas RM1.50)... Semua barang sudah naik... Kalau macam nie punya ekonomi, saya pun tak tahula apa lagi nak cakap. Oarang-orang kerja swasta paham apabila harga minyak naik, bisness mesti slow punya, semua orang pakat nak jimat duit.
Kesannya banyak... lagi dahsyat dari 1997.. dulu 1997, yang sengsara kebanyakkannya adalah orang yang main saham... orang kaya-kaya.. memang terduduk losses diorang ( orang-orang kampung yang berani cuba-cuba beli saham negeri-negeri ASJ, dan lain-lain pun terduduk jugak)..tetapi kini, tsunami ekonomi akan melanda seluruh negara, dan yang paling teruk kena ialah golongan berpendapatan rendah sebab harga minyak naik dan akan melarat kepada harga-haraga barangan lain...
Memandangkan nampaknya kerajaan ini agak terdesak untuk memperbaiki suasana ekonomi negara, saya juga ingin memberikan cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia. Saya bukanlah pakar ekonomi, cuma seorang pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan, MSc (Engineering) dari sebuah Universiti tempatan. Saya rasa negara Malaysia sebenarnya tidak kurang pakar-pakar ekonomi, dan berdasarkan pemerhatian saya, Malaysia sebenarnya mempunyai pakar ekonomi yang hebat.
Baca lagi...
Tun Mahathir merupakan seorang pakar ekonomi yang telah terbukti wibawanya. Krisis matawang 1997 menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pakar ekonomi yang bijak dan berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis tersebut dengan corak pemikiran ekonomi yang tersendiri.
Namun begitu, saya melihat ilmu ekonomi sebagai suatu ilmu yang menarik yang masih sukar difahami dan sukar diselesaikan. Ilmu ekonomi sukar untuk difahami secara mutlak seperti ilmu fizik atau ilmu metamatik yang hampir mutlak, tetapi lebih merupakan suatu ilmu yang berubah-ubah dan berevolusi mengikut masa. Konsep teori ekonomi mudah yang saya fahami ialah konsep permintaan dan pembekalan. Konsep ini nampaknya mudah, tetapi ianya boleh dipengaruhi oleh nilai-nilai artifisial yang menyebabkan konsep asas permintaan dan bekalan kadangkala dimanipulasikan untuk meraih keuntungan. Peniaga-peniaga profesional antarabangsa merupakan peniaga-peniaga yang bijak merancang strategi dan melakukan lonjakan harga dan mengaut keuntungan maksima dengan cara yang sedemikian. Mereka mempunyai meknaisme serta rangkaian sokongan yang kukuh untuk melaksanakan strategi-strategi mereka. Sebaliknya, bagi negara seperti Malaysia, suasana ekonomi kita mungkin terlalu kecil untuk mempengaruhi corak perdagangan dunia. Ekonomi kita terdedah kepada pelbagai bentuk kebimbangan dan ketidak pastian yang boleh menggugat kestabilan negara.
Berdasarkan pemerhatian data-data permintaan dan bekalan minyak dunia, tidak terdapat sebarang tanda-tanda bahawa permintaan minyak melebihi kadar kegunaan minyak. Data-data yang ada menunjukkan bahawa pengeluaran minyak dunia berada pada tahap yang mencukupi untuk menampung permintaan minyak dunia. Arab Saudi juga pernah menambah lebihan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari dari kadar pengeluaran biasa untuk menolok permintaan asas minyak dunia dan menurunkan harga minyak, tetapi langkah tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap harga minyak. Ini menyebabkan negara-negara OPEC mengganggap bahawa kenaikan harga minyak ini tiada kaitan dengan keadaan sebenar permbekalan berbanding permintaan.
Jadi kita masih tertanya-tanya sebenarnya apakah yang berlaku dan apakah yang sebenarnya mempengaruhi faktor kenaikan harga minyak ini? Terdapat pelbagai teori yang cuba menerangkan faktor-faktor harga minyak dunia dan dalam keadaan sekarang, mungkin faktor utama kenaikan harga minyak ialah lebih dipengaruhi pembelian panik. Permintaan minyak masih lagi boleh diimbangi oleh pengeluaran minyak dan tiada lagi laporan yang menunjukkan bahawa bekalan minyak dunia tidak mencukupi.
Sistem ekonomi yang wujud ketika ini banyak dijanakan oleh falsafah pemikiran demokrasi kapitalisme, yang mana suatu sistem yang mengambil prinsip majoriti sebagai dasar yang boleh menentukan kesalahan dan kebenaran. Demokrasi berpelembagaan merupakan suatu sistem yang boleh menjamin kestabilan asas demokrasi tersebut apabila amalan demokrasi dipengaruhi oleh sifat-sifat murni seperti jujur, amanah, ikhlas, bertanggungjawab, bertimbang rasa, murah hati, rendah hati, zuhud kepada dunia dan sifat-sifat murni lainnya. Berpandukan sifat-sifat murni manusia, keputusan majoriti akan lebih tertumpu kearah memperbaiki nilai-nilai kemanusiaan, mewjudkan sifat-sifat tolong menolong dan sentiasa berusaha untuk merubah dunia menjadi tempat yang aman, makmur damai dan sejahtera. Sifat-sifat murni juga mendorong manusia untuk menolong sesama manusia untuk meringankan beban kehidupan dan berusaha bersama-sama untuk menikmati kehidupan yang murni.
Selagi sistem demokrasi manusia ini terus dipengaruhi oleh nilai-nilai murni yang positif dan dinamik, maka seharusnya ia akan menghasilkan suatu suasana yang kondusif dan harmoni.
Malangnya, apabila sesuatu sistem itu disalah gunakan untuk kepentingan individu dan digunakan untuk mewujudkan keuntungan segolongan pihak, maka sistem tersebut akan mengalami ketidak seimbangan dan sistem demikrasi juga tidak lari dari akibat yang sedemikian. Sistem Demokrasi Kapitalisme menekankan prinsip-prinsip kapitalisme. Ianya mementing keuntungan berbanding kebajikan. Didalam sistem demokrasi kapitalisme, majoriti akan memihak kepada idea-idea kapitalism dan meihak kepada idea-idea kapitalism. Tiada lagi sikap untuk membantu manusia yang miskin dengan ikhlas. Bantuan haruis mempunyai kepentingan dan keuntungan juga. Setidak-tidaknya sebarang bentuk derma yang didermakan boleh ditolak dengan cukai pendapatan. Ini merupakan sistem demokrasi kapitalsm. Majoriti melihat kapitalsm sebagai cara yang betul. Sebagai contoh, dalam sistem demokrasi kapitalism, majoriti melihat bahawa sistem riba yang dikenakan keatas pinjaman merupakan suatu nilai yang diterima umum, sebagai suatu nilai yang boleh diterima pakai dan ianya sesuatu yang munasabah.
Dalam Islam, riba tidak pernah dihalalkan, tetapi yang dihalalkan ialah perniagaan. Yang dihalalkan ialah konsep perkongsian untung. Didalam konsep riba, ekonomi akan sentiasa berada didalam tahap inflasi kerana sistem tersebut menetapkan bahawa nilai matawang akan menjadi lebih kecil dan bertambah kecil dengan bertambahnya pinjaman. Berbeza dengan konsep perniagaan, nilai matawang boleh menjadi kecil atau boleh meningkat dengan dasar perkongsian keuntungan yang menyeluruh. Seseorang peniaga tidak akan rugi dan sesebuah bank juga akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memastikan semua pelaburan dilakukan dengan penuh berhemah. Dengan konsep perkongsian keuntungan, sistem ekonomi akan menjadi lebih dinamik kerana dengan sistem ini inflasi akan berkurangan.
Saya melihat sistem ekonomi kredit yang diamalkan kini adalah penyumbang tetap kepada nilai inflasi kerana dengan pertambahan pinjaman, nilai matawang akan menjadi semakin kecil Sebarang bentuk riba yang dikenakan keatas pinjaman akan menyebabkan nilai matawang menjadi lebih kecil dan ini akhirnya akan menjejaskan sistem ekonomi itu sendiri.
Saya melihat bahawa, dalam keadaan ekonomi yang lembab sebegini, kerajaan mungkin boleh memperkenalkan sistem yang lebih berani dan lebih menentang arus.
1. Untuk meningkatkan nilai matawang, Bank Negara harus memperkenalkan sistem perkongsian keuntungan untuk mengurangkan kesan inflasi negara. Sistem ini boleh dilaksanakan dengan berkesan dan ini akan mengurangkan impak sistem riba.
2. Bank Negara juga boleh mewujudkan suatu keadaan deflasi dengan mewujudkan sistem kewangan perniagaan DEFLASI yang menggunakan konsep dinar emas, barter atau TUKARAN NILAI dan melaraskan semuala nilai penggunaan Ringgit. Ini akan menyebabkan nilai matawang akan meningkat dan mewujudkan keadaan deflasi dan keadaan ini akan membantu rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.
3. Dengan sistem dinar/TUKARAN NILAI/barter dan dengan konsep perkongsian keuntungan, keadaan ekonomi negara akan menjadi lebih stabil dan sistem ekonomi akan menjadi lebih kukuh dengan wujudnya mekanisme ekonomi yang berteraskan nilai-nilai asas yang nyata.
4. Bank Negara juga perlu mengurangkan pengeluaran matawang ringgit, dan dengan adanya sistem dinar/TUKARAN NILAI/barter, kegunaan matawang Ringgit boleh dikurangkan dan dengan itu permintaan Ringgit dipasaran antarabangsa akan bertambah dan nilai ringgit akan meningkat dengan lebih tinggi.
5. Apabila nilai ringgit sudah menjadi sekitar RM1.00 = USD1.00, sudah tentu kita akan lebih mampu untuk hidup dengan gaji sebanyak RM1,000 sebulan, yang pada nilai waktu itu sudah menjadi lebih kurang RM3200 sebulan.
6. Dan pada nilai Ringgit Malaysia RM1.00=USD1.00, harga petrol boleh dikurangkan sehingga RM0.90, dan sudah tentu ini akan menambah kuasa belian pengguna.
7. Kerajaan Malaysia juga perlu mengambil inisiatif untuk mengukuhkan sumber keperluan asas negara dengan menggalakkan industri-industri asas pemakanan, pembinaan serta pembangunan. Kerajaan haruslah memastikan bahawa pengeluaran negara utnuk hasil-hasil ruji seperti beras, minyak masak, garam gula dan sebagainya mampu ditampung oleh pengeluaran dalam negeri tanpa penggantungan kepada import. Bekalan-bekalan untuk bahan-bahan binaan juga seharusnya mencukupi untuk menampung keperluan negara. Dengan mengurangkan penggantungan kepada import, negara Malaysia akan lebih mampu untuk menangani krisis-krisis makanan dan krisis-krisis tenaga.
8. Kerajaan juga mungkin perlu menjanakan semula industri perlombongan negara yang mampu memberikan pulangan hasil bumi yang lumayan. Dengan permintaan terhadap bijih besi dan bijih timah yang lebih tinggi dan harga yang lebih lumayan, industri perlombongan perlu diberi perhatian kerana ianya berupaya memberikan pulangan eksport kepada negara.
9. Kerajaan juga seharusnya menggalakkan pertumbuhan industri-industri perniagaan berasakan eksport dan kegunaan tempatan dan mengurangkan industri-industri serta perniagaan yang berteraskan import.
10. Kerajaan harus menggalakkan pembangunan tenaga alternatif yang menggunakan sumber-sumber janasemula (renewable) seperti tenaga solar dan tenaga alam semualajadi. Kerajaan seharusnya mensasarkan Malaysia untuk menjadi negara yang tidak bergantung kepada bahanapi minyak. Malaysia seharusnya mensasarkan pengurangan penggunaan minyak sebanyak 50% dalam jangkamasa 10 tahun dan seterusnya mengurangkan lagi sehingga 25% menjelang 2020-2025.
11. Menggalakkan teknologi pertanian moden dan terkini serta konsep-konsep pertanian lain yang mampu meningkatlkan gunapakai tanah sehingga 100%.
12. Meningkatkan prestasi kemudahan pengangkutan awan.
13. Meningkatkan prestasi-prestasi individu-individu diMalaysia dengan meletakkan KPI kepada setiap individu. Memberikan bonus serta insentif yang bersesuaian kepada individu-individu yang berjaya mencapai sasaran KPI mereka.
14. Memperbaiki pencapaian individu-individu diMalaysia dengan mensasarkan peningkatan kecekapan individu sebanyak 10% setiap tahun. ( Contohnya jika dulu tidur 10 jam sehari, kena perbaiki masa tidur, hanya 9 jam sehari (10% improvement)).
15. Mewujudkan pusat-pusat pembekalan keperluan makanan asas negara yang menawarkan harga-harga murah untuk barangan-barangan keperluan asas pada harga yang rendah. Barangan-barangan tersebut tidak semestinya bermutu tinggi, tetapi perlu mencapai standard minimum, masih boleh digunakan (tidak melebihi tarikh luput) dan harganya mestilah sekurang-kurangnya 50% lebih murah daripada harga pasaran.
16. Majikan-majikan juga digalakkan untuk mewjudkan sistem kerja flexi hours yang mengurangkan beban pekerja untuk sampai ke ofis pada waktu-waktu puncak. Dengan cara flexi hours, lebih ramai pekerja yang boleh menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.
17. Mewujudkan inisiatif kerja-kerja yang boleh dilaksanakan dari rumah sahaja. Dengan sistem komunikasi yang moden seperti internet dan telefon, terdapat kerja-kerja yan boleh dilakukan terus dari rumah tanpa perlu kerap ke pejabat. Melalui kaedah ini, negara dapat mengurangkan kadar perjalanan pekerja dari rumah ke pejabat dan menjimatkan kos petrol.
18. Menggalakkan inisiatif penjimatan dan menggalakkan perbelanjaan berhemah dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan kepada tahap seminima yang mungkin dan mnegambil pendekatan penjimatan maksima. Sebarang bentuk perbelanjaan yang boleh dijimatkan haruslah dijimatkan sebanyak yang mungkin.
Saya rasa cukup dulu untuk kali ini... kalau ade idea lagi saya akan sambung lagi didalam penulisan akan datang...
0 comments:
Post a Comment