Ape punya bebal la pompuan ni..duit rasuah dia buat g umrah...kalo dah kelabu mata tgk duit...semua pun boleh...warisan pemikiran umno la ni..ntah2 ketua cawangan umno kot*************************************************
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
KLANG 17 Jun Utusan malaysia. - Seorang jurutera wanita Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh tuduhan menerima rasuah berupa pakej pelancongan ke pelbagai destinasi termasuklah lawatan umrah ke Arab Saudi yang keseluruhannya bernilai RM250,000.

Ruzita Zainal, 43, dari Seksyen 32, Shah Alam dekat sini, didakwa menerima pakej-pakej tersebut tanpa balasan daripada seorang pengarah syarikat juru perunding awam, Datuk Ir. Zamzuri Abdul Ghaffar.
Tertuduh didakwa menerima pakej lawatan umrah ke Arab Saudi RM10,677, pakej-pakej pelancongan ke London dan Glasgow RM27,944 dan ke Pulau Tioman (RM30,524).
Ruzita juga didakwa menerima pakej pelancongan ke Zurich RM39,760, London RM36,578 dan sekali lagi ke Zurich serta London RM86,836.85 dan destinasi yang sama sekali lagi (London RM24,524).
Baca lagi...
Ibu kepada tiga orang anak itu didakwa melakukan kesemua perbuatan tersebut antara 27 Disember 2002 dan 31 Mac 2005 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini.
Bagi kesemua tuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Ruzita yang berkulit cerah memakai tudung biru cair dan berbaju kurung biru pekat kelihatan terkumat kamit mulutnya sebelum tuduhan dibacakan.
Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membenarkan Ruzita dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga kes yang didaftarkan mengandungi tujuh pertuduhan semuanya.
Mahkamah juga memerintahkan Ruzita menyerahkan pasport antarabangsanya sebagai syarat tambahan jaminan. Kes akan dibicarakan pada 15 dan 16 Disember depan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Roziza Sidek manakala Ruzita diwakili peguam Zamani Dolmat.
0 comments:
Post a Comment