Kita selalu terjumpa orang kurang siuman di jalanan kota maupun di desa-desa. Mereka kekadang bercakap sendiri dan kekadang cuba bercakap dengan kita. Kita hanya mampu mendengar tetapi tidak akan mengambil serious perbualan mereka. Bagi kita, apa yang mereka cakap itu tidak benar atau tidak masuk akal. Dalam Islam sendiri, orang-orang begini bebas dari semua kewajiban mematuhi segala perintah Allah SWT. Contohnya, tidak sah solat mereka dan tidak pula berdosa jika mereka meninggalkan solat.
Tetapi, jika seorang itu bertampilan kemas, bekerja tetap dan mempunyai "title" professor, apapun yang diketengahkanya akan diterima bulat-bulat. Walaupun teori atau ideologinya itu sebenarnya GILA.

Pada bulan Mac 2006, seorang saintis Amerika bernama Prof Eric Pianka telah di anugerahkan "2006 Distinguished Texas Scientist" oleh Texas Academy of Sciences. Dia dia diberi anugerah tersebut atas kajiannya bagaimana 90% penduduk dunia(5 billion) perlu dihapuskan untuk mengawal bilangan penduduk dunia. Kajiannya menunjukkan AIDS, kebuluran dan peperangan telah gagal megurangkan penduduk dunia dengan cepat. Baginya, virus Ebola yang dapat disembur dari udara adalah yang terbaik.
....»»Baca lagi
Bagi kita, orang yang mencadangkan membunuh hampir kesemua manusia adalah orang gila. Membunuh satu orang pun, tanpa sebab, adalah dosa besar, tambahlah lagi 5 ribu juta orang. Bukankah itu kerja gila?
Malangnya, professor gila ini diberi anugerah pula, dan setelah dia mencadangkan Ebola sebagai virus pilihan, semua yang hadir bangun dan memberi tepukan gemuruh yang berpanjangan.
Mungkin selama ini telah ada saintis, ahli politik dan orang-orang atasan yang mempunyai ilham yang sama untuk membunuh seramai manusia yang mungkin demi alam sekitar dan sebagainya. Bezanya, mereka ini tidak diberi peluang dan galakkan sebegini rupa. Tiada anugerah dan tiada tepukan bergemuruh. Kejadian awal Mac di texas ini telah menunjukkan bahawa pemikiran manusia telah berubah dan cadangan membunuh manusia beramai-ramai bukan lagi angan-angan gila.
Ramai penuntut yang belajar di bawah Pianka begitu menyanjunginya. Ada salah seorang menulis di dalam internet bahawa cadangan Pianka itu begitu bernas. Ada yang menyanjungnya sebagai tuhan! Apakah salah seorang dari penuntut Pianka ini akan suatu hari masuk makmal dan mula mencari virus Ebola paling mustajab dan juga jalan terbaik menyembur virus ini ke seluruh dunia? Apakah ada pihak atasan akan mula memberi peruntukkan wang untuk usaha gila ini? Semuanya tidak mustahil sekarang.
0 comments:
Post a Comment