***************************************
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar hendak ajar apa yang betul dan apa yang salah. Baguslah tu. Terima kasih banyak-banyak.
Tetapi, sebagai bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang rapat dengan polis, tentu Noh tahu siapakah ahli politik bergelar Datuk yang diserbu di sarang pelacur. Ajar dia dulu! Dia memang tak tahu langsung apa yang betul dan apa yang salah.
Noh juga mungkin tahu siapakah yang begitu risau kerana bimbang dialah yang dimaksudkan apabila seorang Timbalan Menteri disebut-sebut menerima rasuah RM5.5 juta. Siapa yang kata itu sebenarnya “perkara biasa”?
Nasib baik yang dituduh ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom. Tarik nafas panjanglah orang itu. Mengapa begitu risau dan mengapa anggap perkara biasa? Ajar orang itu dulu! Dia memang tak tahu langsung apa yang betul dan apa yang salah.
81 peratus dari mereka yang ditanya tidak percaya kepada polis. Ajar polis dahulu! Rakyat yang berhimpun bagaikan lautan kuning 10 November lalu tidak percaya pilihan raya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil. Suruhanjaya Pilihan Raya dibuktikan berbohong. Ajar SPR dulu!
Budak-budak itu lebih berakal dari hang, Noh!
0 comments:
Post a Comment