Pages

Tuesday, June 10, 2008

Prudent ekonomi?

Persoalan dlm debat di TV1 yg tidak dijawab Dato Shahrir malam tadi:

1.Sebab apakah yg menyebabkan akaun PETRONAS yg untung berbillion ringgit tidak boleh diaudit dan dibahas lansung di parlimen?

2.Justifikasi kenaikkan 78sen berbanding kenaikkan negara bkn pengeksport sperti India & Indonesia yg kenaikkan harga petrolnya tidak sampai 60sen?

3.Langkah mengurangkan beban tidak melibatkan pula kesan kos pengangkutan sedangakn sebelum ini kerajaan mengatakan sektor pengangkutan tidak akan ada ap2 kesan.

4.Jumlahh 4 bilion yg konon dijimatkan sewaktu kenaikkan 30 sen tidak diterangkan secara lengkap dimana dibelanjakan?Dinyatakan cuma 900 juta dpt dijimatkan…jadi kemana 900 juta itu dibelanjakan?

5.Kenapa langkah2 mengurangkan kesan kos tidak dibincangkan dahulu sebelum melaksanakan kenaikkan minyak?

6.Jika kerajaan mengatakan kenaikkan haraga minyak perlu agar subsidi dpt dijimatkan utk pembangunan negara..Adakah ini menunjukkan sumber pendapatan kerajaan telah hilang dari sumber2 lain seperti cukai perniagaan,cukai pendapatan dan duti2??ADAKAH PETRONAS SATU2NYA SUMBER KEWANGAN KERAJAAN YG MASIH TINGGAL UNTUK MENJANA EKONOMI NEGARA?ADAKAH BERMAKNA TIADA LAGI ALIRAN FDI KE MALAYSIA?

7.JIKA 2 BILION DPT DIJIMATKAN HASIL POTONGAN 10% ELAUN KERAIAN MENTERI2…MENGAPA TIDAK PULAK POTONG 20% GAJI MENTERI2 DAN DIJADIKAN SUBSIDI MINYAK??CARA INI JUGA DPT JIMATKAN DUIT PETRONAS ANDAIKATA JIKA BENARLAH KERAJAAN PRIHATIN KEPADA RAKYAT..

Walauapapun justifikasi Dato SHAHRIR kesan nya lebih banyak negatif samaada jangka masa pendek atau jangkamasa panjang dan kesimpulannya jika harga minyak mencecah 200 dolar 1 tong..kesan inflasi akan terus meningkat…kuasa beli rakyat akan terus jatuh..kos sara hidup meningkat dan akhir ekonomi menguncup..adakah ini dikatakan prudent ekonomi??

0 comments:

Post a Comment