Yahooooo...harga gula lak naik..malaysia boleh!...darah aku pun da naik ni dollah!
********************************************
KUALA LUMPUR: Harga runcit sekilogram gula dijangka naik 20 sen tahun depan berikutan kenaikan harga bahan terbabit di pasaran antarabangsa sejak dua tahun lalu.
Ketika ini bahan makanan berkenaan dijual dengan harga kawalan iaitu RM1.45 (kg) di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak dijual pada harga RM1.55 (kg)
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd Zain Mohd Dom (gambar), berkata kerajaan masih berunding dengan pengeluar di Australia untuk memuktamadkan perjanjian jangka panjang dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
“Kita akan menandatangani perjanjian baru untuk tempoh jangka masa panjang menjelang akhir tahun ini. Sekiranya kita mula berunding, ia mesti berdasarkan kepada harga pasaran antarabangsa semasa yang dilihat semakin meningkat berbanding dua tahun lalu ketika kerajaan menandatangani perjanjian dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Seminar Mengenai Krisis Makanan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Mohd Zain berkata, kenaikan harga itu bergantung kepada proses rundingan yang mungkin membolehkan harga dikurangkan berdasarkan keadaan tertentu.
“Tetapi, buat masa ini, pengguna dinasihatkan tidak bimbang mengenai kenaikan itu kerana kita belum memuktamadkan perjanjian yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti),” katanya.
Seminar itu membincangkan krisis makanan yang dihadapi negara dan ia turut dihadiri beberapa ahli panel termasuk Pengarah Urusan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas), Bakry Hamzah serta Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof Diraja Ungku Aziz.
Majlis penutup seminar itu disempurnakan Timbalan Menteri PDNHEP, Jelaing Anak Mersat.
Sementara itu, orang ramai masih boleh menarik nafas lega berikutan Bernas mengumumkan penurunan harga 15 peratus bagi beras wangi Super Tempatan dan 12 peratus bagi beras pulut berkuat kuasa 12 tengah malam ini.
Pengarah Urusan Bernas, Bakry Hamzah berkata, kategori beras wangi terbahagi dua iaitu kategori beras wangi Super Tempatan AAA yang mengalami penurunan harga dari RM4,700 kepada RM4,000 per tan metrik manakala Super Tempatan AA turun kepada RM3,900 (per tan metrik) berbanding RM4,600 sebelum ini.
Friday, June 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment