*****************************************************
Temasek Group adalah satu sayap pelaburan utama Kerajaan Singapura. Ianya menguasai sebahagian besar entiti perniagaan di Singapura. Malah dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, Temasek Group telah melebarkan sayap pelaburan mereka ke serata pelusuk Asia Tenggara.
Pembelian aset dan kepentingan dalam Shin Corp (Thailand) telah menyebabkan Temasek Group dilihat sedang mencampuri serta mengawal ekonomi jiran-jirannya. Dengan pengawalan ekonomi, maka ini akan membolehkan Singapura mengawal tindak-tanduk serta geopolitik negara jirannya.
Baca lagi...Temasek Group juga dilihat sedang dalam usaha (malah telah berjaya) memiliki beberapa saham mewah entiti korporat Malaysia. Malah saham syarikat utiliti utama Malaysia seperti Telekom dan Tenaga Nasional kini dimiliki oleh mereka. Malah mereka juga pernah memiliki satu jaringan perniagaan kesihatan milik Malaysia (Kumpulan Pantai).
Beberapa pihak di Malaysia melihat bahawa dibawah pentadbiran kerajaan Abdullah Ahmad Badawi & Co, beberapa syarikat konglomerat dan yang berkaitan dengan kepentingan negara kini sedang dalam proses pengambilalihan saham mereka oleh Temasek Group.
Bangkangan dari beberapa pihak tidak mendapat apa-apa reaksi positif daripada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co. Untuk mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia atas penguasaan Temasek Group, maka satu proksi mereka di Malaysia (ECM-Libra) telah diamanahkan untuk membuat pemerolehan saham bagi pihak Temasek Group.
Dalam masa kurang dari setahun selepas Khairy Jamaludin dan konconya Kalimullah kononnya telah melepaskan pegangan saham miliknya di ECM-Libra, kini Kalimullah muncul kembali menguasai ECM-Libra dalam satu pusingan kedua yang telah dijangkakan oleh banyak pihak.
Persoalannya disini ialah apakah sebenarnya motif dan agenda ECM-Libra. Mungkinkah ianya sedang bersiap sedia untuk membuat satu pemerolehan saham yang berskala besar? Mungkin akan ada satu lagi entiti besar didalam Malaysia yang akan menjadi milik Singapura dibawah Temasek Group tidak lama lagi. Apakah entiti tersebut?
Mungkinkah mana-mana satu daripada senarai dibawah yang menjadi sasaran ECM-Libra (yang ditaja jamin oleh Temasek Group)?
1. Synergy Drive
2. CIMB Group
3. MIMB
4. AmInvestment
5. Kumpulan Felda
6. Kumpulan Tabung Haji
7. MISC
8. Telekom Malaysia
9. Tenaga Nasional
atau mana-mana entiti gabungan yang lain yang mungkin akan terjual sahamnya.
Kita berharap agar pihak kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan pemerolehan secara besar-besaran yang mungkin dilakukan oleh Temasek Group melalui proksi mereka ECM-Libra pada bila-bila masa sekalipun.
Tapi apakan daya, Khazanah Nasional yang dibawah teraju Kementerian Kewangan (Abdullah Ahmad Badawi & Co) mungkin juga akan dikawal oleh ECM-Libra dalam sedikit masa lagi. Abdullah Ahmad Badawi & Co sememangnya bersikap tidak patriotik terhadap kedaulatan dan kepentingan negara sejak dari mula dia menaiki tahta Perdana Menteri Malaysia.
Jadi, kita amat berharap agar Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan dapat mengekang strategi Temasek Group dalam masa terdekat ini. Namun kita hanya mampu berharap sahaja.
Akhir kata, jangan jadi “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Mari kita awasi dan kekang pergerakan ECM-Libra dan Temasek Group jika kita semua masih lagi patriotik.
0 comments:
Post a Comment