
Utusan Malaysia -Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.
Pandai sungguh tok said kita nak bolos dari masalah ini. Pemimpin pun tidak mempercayai keupayaan kereta tempatan, bagaimana hendak memberi contoh yang baik kepada rakyat supaya guna barangan buatan malaysia. Proton sudah berusia lebih 20 tahun, timbul pula kereta elektrik proton. Berkualitikah kereta setahun jagung ini. Tok said perlu jawab, dia tahu sebelok beloknya tentang kereta. Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut. Pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari.
Masih ada rakyat terengganu yang hidup susah dan melarat. Sepatutnya Kerajaan negeri memberi keutamaan membantu rakyat yang susah dengan wang RM 3juta tersebut. Bukan untuk sedapkan punggung duduk diatas kusyen empuk mercedes baru sambil makan angin melihat kesusahan rakyat."
0 comments:
Post a Comment