Pages

Sunday, July 13, 2008

Sistem yang di yakini Najib?

Sewaktu jalan-jalan di bandar Grenoble, muramatsu ternampak orang lelaki berbadan tegap bermisai dan bertopi di medan lapang Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Grenoble di sini, berkejar mendekatinya tetapi rupanya bukan Bala. Topinya baru tak macam topi Bala, buruk.

Cerita di atas tidak benar sama sekali ianya rekaan tetapi bukan khabar angin. Rekaannya mungkin tidak sehebat kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang dipetik dari Utusan Malaysia di bawah.

“Polis tidak menolak kemungkinan penyiasat persendirian tersebut kini berada di luar negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, polis Malaysia akan mendapatkan kerjasama Interpol untuk mengesahkan perkara tersebut”

Kenyataan di atas seolah-olah di Malaysia tidak ada sistem yang mengawal dan merekod keluar masuk warganya dan warga asing melepasi sempadan negara Malaysia. Kalau Bala keluar negara seperti mana dinyatakan oleh Pegarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, tentu ia melalui satu proses di sempadan yang melibatkan penggunaan paspot antarabangsa, paling tidak dokumen lain yang berkaitan untuk melepasi sempadan Negara.

Ini perkara asas bila seseorang keluar negara. Adakah Pegarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak mengetahui sistemnya?. Atau sistem inikah yang menyebabkan rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia tidak dapat dikesan?. Adakah sistem ini yang Najib yakin?

Jika Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak tahu ini sistemnya dan akan meminta kerjasama Interpol, amat malang bagi rakyat Malaysia dan malu kepada Interpol kerana mempunyai Pegarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman seperti ini. Apakah keselematan terjamin dan orang ramai boleh rasa selesa selamat dan aman dalam Negara sekiranya keluar masuk sempadan Negara diremeh temehkan oleh seorang berpangkat tinggi seperti ini?. Adakah ini sistem yang Najib yakin?

Diharapkan Pegarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak serupa dengan Pengerusi SPR, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Kerana mereka bertiga itu bertindak berdasarkan khabar angin semata (kes dakwat kekal dalam PRU12). Kalau Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman juga bertindak berdasarkan khabar angin, maka malanglah negara yang berpendana menterikan Abdullah Badawi kerana beliau mutaakhir ini nampaknya bimbang dengan banyak khabar angin tetapi pegawai-pegawai besarnya bertindak berdasarkan khabar angin. Adakah sistem ini yang Najib yakin?

Yang bukan khabar angin ialah Abdullah Badawi menjadi perdana menteri pun kerana peralihan kuasa dari Mahathir sebelum PRU11. Abdullah Badawi pula akan mengalihkan kuasanya kepada Timbalannya (Najib – sepertimana disebut oleh Abdullah Badawi). Mahathir pula berkata Abdullah Badawi berjanji untuk memegang jawatan PM sepenggal saja. Mahathir keahlian UMNO 0000001, Isterinya keahlian UMNO 0000002 dan bekas setiausaha agung UMNO keahlian 0000007 (James Bond Sanusi Joned) keluar UMNO dan akan masuk balik UMNO selepas Abdullah Badawi tidak lagi PM. Inilah sistem yang ada dan dibuat oleh pembesar-pembesar dan bekas pembesar pembesar UMNO. Adakah sistem ini yang Najib percaya?

Tidak keterlaluan jika disebutkan bahawa khabar angin yang Abdullah Badawi dan Najib tidak suka itu sebenarnya adalah direka-reka untuk menutup khabar sebenar tentang apa yang sedang berlaku dalam tali perut UMNO itu sendiri.


Muramatsu
Grenoble Cedex, France

0 comments:

Post a Comment