
Aku dah membuat keputusan akan keluar dari parti Pas sekiranya perbincangan antara umno dan Pas diteruskan. Aku malu pada kawan-kawan aku. Di kalangan kawan-kawan, aku dikenali sebagai penyokong dan pendokong parti Pas. dulu aku yakin dengan perjuangan Pas tetapi kebelakangan ini tidak lagi. Aku jadi sakit hati setiap kali isu muqabalah ini di sebut didalam buletin utama.
Pada aku pemimpin yang pergi berjumpa dengan Najib(s) atau khir toyo(l) di London tu memang gila kuasa. Tidak sabar dan tidak setia didalam perjuangan. Apakah pemimpin Pas tidak menghargai kami yang dikejar FRU, disimbah air asid walaupun kesalahan nya hanya melaung kan takbir kebesaran Allah?
Umno telah pun berjaya membuat pendokong Pas merasa sakit hati. Mengapa saf pemimpin tidak menghargai perjuangan aku selama ini? Bukan pangkat atau harta yang aku minta. Hanya lah kesetiaan dan teruskan perjuangan yang aku harapkan daripada kalian. Bukan muqabalah atau muzakarah dengan parti syaitan. Besar sangat kah harapan aku ini?
Pemimpin Pas mengkhianati perjuangan aku... PEGI MAMPUS PAS dan terima kasih diatas segala penipuan kalian terhadap aku.
0 comments:
Post a Comment