Pages

Saturday, July 26, 2008

Peralihan kuasa 2010?

Dengan pengumuman itu, Dolah raso sudah pasti menahan Najib dari dapek pencalunan untuk Presiden. Dio tau tak boleh monang kalau bertanding.

Mak ai Najib ... ado dikato-kato konon-konon terharu dan meminta terimolah peralihan,

Dua tahun adalah maso yang terlalu lama dan tak cukup maso untuk pulihkan UMNO. Tak boleh leko.

Dolah yang sudah jumpa tetapi gagal untuk cuba pujuk cawangan-cawangan mula menggunakan peraturan korum mesyuarat baru untuk blok mereka yang tak mahu donga.

Sebelum itu, Tatacaro Susila UMNO yang mulo kuatkuaso pada Julai 1hb sudah poi blok sapo-sapo yang tongah kempen macam Tengku Razaleigh. Tapi Dolah, Khairy dan pemegang jawatan tertentu boleh dan tak kiro. Kempen jugo.

Di bahagian-bahagian, sano sini orang Dolah sedang cubo untuk bertahto. Tak kirolah dikato bangang atau tak tau cakap omputih atau tak sekolah tinggi, semua akan dinaikkan. Mano ado orang Tengku Razaleigh atau Najib atau Muhyiddin, dio kojo langgar ajo. Takdo nyo demokrasi.

Ini tuntuk memastikan sama ado pasukan 'bisik-bisik' Najib-Muhyiddin atau pasukan 'tibo-tibo' Muhyiddin-Najib atau 'torang-torang' Tengku Razaleigh tidak akan dapek pencalunan untuk bertanding.

Di peringkat Naib-Naib Presiden, katonyo tengok calun yang orang Dolah - tak kiro Ali Ketam, Mat Taib, Zaid Hamidi, Khaled Nordin. Tak kiro dikato bangang atau tak tau cakap omputih atau tak sekolah tinggi, semua akan dinaikkan.

Datang 2010, mereka ini akan tekan dari bawah dan kata," Tak ada orang yang layak lagi. Kita perlu Dolah untuk trus memimpin UMNO." Lagi sompek dikojokan Najib.

Cubo ekau semuo bayangkan bakal Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan PM dari antaro ompek-ompek tu. Mengucap, astaghfar banyak-banyak ...

Bayangkan empat tahun, kito dah melunsur macam dunia ketiga. Negeri huru haro rakyat berbalah, ekonomi no money, dia dan keluargo maharajalela, dan keselamatan dan kedaulatan terhakis. Tak lamo lagi bonar-bonar jadi dunia ketigo. Apo nak jadi kito semuo jang ...

Kini, Dolah puro-puro muzakarah dengan PAS untuk dilihat seolah-olah menyatukan orang Melayu dan Islam. Hebatlah dilihat Islam ado had dan ado hari.

Nik Aziz mulo-mulo kata sanggup tetapi dio syak ado tak kono. Dolah dah jahanamkan UMNO dan BN, tak tahu repair. Nampak macam dio nak pocahkan PAS. Walaupun den sokong UMNO, tak payah jahanamkan parti Melayu satu lagi.

Dalam pembangkang, mesti ado parti Melayu jugo. Tengok Cino. Dio ado DAP, pembangkang di luar dan Gerakan macam pembangkang di dalam. PKR pun parti Melayu? Tak ... itu parti Hindraf. Penasihat pun ada sikit serupa. Kuat auta.

Ado kato bukan Dolah usohakan muzakarah, tapi dia tak sabar cari nama. Tunggu ajo masing-masing cabar mmencabar buat "mubahalah" mengenai "muzakarah." Balik cerita lama. Komdian cari loyar fail tuntutan "qazaf".

Masih kekal menyerang Najib dengan pelbagai peluru SD Bala, SD RPK dan tuduhan komisyen adalah Anwar. Oghang Penang sama oghang Penang tolong menolong na.

Selagi lama tu 2010, macam-macam lagi akan di konokan Najib. Cucu Anwar lambek bertatih jalan dituduh Najib. Kambing Telok Tok Kun tak masuk reban pun dikato konspirasi Najib.

Mahkamah sedang berjalan dalam kes Altantuya. Maso tu, macam-macam nak dibelok ke Najib dan Rosmah. Bulan Oktober sebelum pertandingan UMNO ada kes hasutan RPK. Sambil nak menunggu, kes-kes saman malu dan criminal defamation SD RPK.

Banyak cerito akan dikato! Betul atau tidak sudah nombor duo atau tigo. Kalau betul, dah sonang cerito. Tapi kalau salah pun, orang akan cerito. Persepsi buleh dianggap realiti.

Lagi ekau kojo sokong, lagi susah ekau. Pikir kau Najib.

Sementara tu, Ku Li diam aja. Diam-diam padi, lagi diam bertambah isi. Diam-diam jeruk, lagi lama lagi kuning dan masam-masam manis. Jangan terlalu lamo, busuk nanti.

Muhyiddin pun tiba-tiba diam. Susah dio. Kalau tunggu di Naib, boleh kalah. Naik ke Timbalan, ada Najib. Kalah menang belum tentu. Mungkin kalah. Nak cuba Presiden, cukup ke pencalunan?

Baik Najib, baik Muhyiddin baik Ku Li, kono buek sesuatu. Nak suruh satukan, susah lah. Masing-masing ado caro sendiri dan palsafah sendiri. Buek apo yang patut dengan taktik masing-masing.

Harap boleh diturunkan si Dolah. Dio ni tak faham kojo dan tak kojo apo pun. Kalau dio berucap, boleh tahu dio tak tahu apo nak dikato. Sibuk slogan dan politik tak abis-abis. Lepas itu cayo sangat kato budak-budak. Kojo tidak, cumo tido. Tak nak pulak ikut Hussein Onn.

Dolah dengan senyum dan cakap macam orang kampung, ado yang suko tapi tak faham jahanam yang dilakukan. Main politik wang pun bertambah kuat.

Rasonyo siapo pun mahu tanding lawan Dolah harus dicukupkan pencalunan. Harap dapek perwakilan memilih. Dalam perlembagaan pun ado caro tertentu dalam fasal tertentu untuk cawangan lakukan.

Dolah boleh rancang dan tunjuk samseng tapi tuhan yang menentukan. Tapi kalau kito biarkan berlaku dan penakut, hmmm ... redakan diri bilo azab tuhan datang.

Wow! Jangan sampai di "jual" tuhan ...Serupo tak disuko tuhan.

0 comments:

Post a Comment