Pages

Sunday, July 6, 2008

AMK Terengganu buat laporan polis terhadap Najib

Kuala Terengganu - Empat orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, disini hari ini.

Mereka di ketuai oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang juga Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa.

Fariz dalam kenyataannya berkata laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah didakwa terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu berdasarkan Akuan Bersumpah Bekas Penyiasat Persendirian Penganalisis Politik, Razak Baginda yang kini dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan tersebut.

Beliau mendesak agar Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak segera letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana, katanya pemimpin UMNO tersebut yang juga TPM mempunyai moral yang sangat rendah serta memberi implikasi negatif kepada imej negara.

“Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia menyelar tindakan TPM, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang berterusan mengulangi pembohongan kepada rakyat mengenai hubung kaitnya dengan mendiang Altantuya Sharibuu,

“Pendedahan menggemparkan telah dibuat oleh penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda, P.Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dengan Altantuya,

“Keengganan isteri Najib, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra kamaruddin ke mahkamah di atas Perakuan Sumpah dibuat oleh Raja Petra mengenai penglibatan Rosmah dalam pembunuhan mendiang Altantuya juga mewujudkan spekulasi sangat serius,” jelasnya.

Laporan polis terhadap Dato’ Seri Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 2.55 petang dan keluar dari balai tersebut pada jam 4.00 petang.

Menurutnya, beberapa siri ‘penipuan’ tersebut merupakan petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang sering kali cuba melarikan diri dari persoalan-persoalan melibatkan integriti dan maruah negara.

Justeru itu, katanya AMK turut ‘mencabar’ Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tindakan segera menggantung tugas Najib agar boleh disiasat dan didakwa jika terbukti bersalah.

Walaupun Akuan bersumpah yang dikemukakan oleh P Subramaniam kelmarin telah ditarik balik tanpa sebarang sebab pada hari ini, namun akuan itu adalah sempurna, tiada cacat cela, ditandatanganinya dan P Balasubramaniam telah mendapat nasihat peguam sebelum membuatnya (akuan bersumpah).

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin pagi ini menyatakan bahawa Akuan (bersumpah itu) sudah menjadi bukti.
Sehubungan dengan itu Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengatakan polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Hadir sama mengiringi beliau membuat laporan berkenaan iaitu Setiausaha AMK Terengganu, Muzafeq serta dua lagi anggota AMK yang lain.

0 comments:

Post a Comment