Pages

Sunday, July 20, 2008

DNA Anwar - Antara Kelakar dan Makar

DNA seumpama juga cap jari atau iris mata adalah ciri-ciri unik setiap individu yang dijadikan Allah sebagai alat pengecaman. Ia merupakan sekuens protein yang dapat diurai sebagai koda genetik dari nukleus sesuatu sel.

DNA boleh diaruh, diganda mahupun diulang-cetak melalui proses makmal. Maka di sini lah timbulnya istilah kejuruteraan genetik. Ini teknologi yang digunapakai secara meluas dalam industri farmasi, pertanian dan juga perubatan.

Manakala dalam forensik ia lebih kepada menunjukkan penglibatan atau kehadiran secara fizikal tertuduh dalam sesuatu kes. Ia juga berguna dalam menentukan kesahihan keturunan dalam pertikaian salasilah atau nasab.

Namun begitu ada juga dilaporkan kejadian bagaimana dua orang yang berada di kedudukan geografi yang amat jauh mempunyai sekuens DNA yang serupa. Ia berlaku di New Zealand dengan seorang yang berada di Kutub sedangkan mereka langsung tidak mempunyai ikatan pertalian.
DNA apabila telah diterjemahkan dalam bentuk ilmiah, biar pun diulangi proses menterjemahkan kodnya tetap tidak berubah. Artinya sekali buat sudah cukup menunjukkan ia milik seseorang. Tidak perlu dibuat berulangkali melainkan ia mempunyai muslihat tertentu.

Berbalik kepada kes DS Anwar Ibrahim, keengganan beliau memang beralasan. Dalam soal ini ‘benefit of doubt’ memang harus diberi kepada Anwar yang pernah mengalami pengalaman buruk tahun 1998 dahulu. Apa jua ruang dan medan yang ada, kelebihan itu harus diberi kepada beliau. Manakala pehak berkuasa yakni polis tidak perlu lah menunjukkan lagak serta sikap yang membuatkan orang awam jengkel. Seluruh Malaya sudah tahu perilaku serta sikap tidak professional atau ketaatan membabi buta kepada pemerintah. Sejarah tahun 1998 mengajar kita untuk berwaspada.

Lantaran itu lah terjadi masalah dalam pertuduhan baru keatas Anwar Ibrahim. Kalau sekadar mahu melihat sekuens DNA, laporan lama dengan jelas tercatat dan tersimpan dengan elok. Maka boleh sahaja ianya, dibuka semula sebagai perbandingan dengan ‘bahan bukti’ yang dikemukakan Saiful Bukhari ataupun pehak pendakwa. Tidak timbul soal ianya lama, using atau tidak segar seperti kata PM PakLah badawi.

Kenapa pehak polis beria-ia mahukan sampel DNA baru? Kenapakah sehinggakan Menteri Dalam Negeri serta Perdana Menteri turut mengulas sedangkan mereka tidak tahu apa-apa soal sebatian kimia itu? Kenapa pula pehak polis begitu bersungguh-sungguh mahukan juga sampel DNA sehingga sanggup memohon perintah mahkamah?

Gelagat begitu memang menimbulkan kecurigaan yang tinggi. Seolah-olahnya dengan memperolehi sampel DNA Anwar, kes tersebut akan selesai dengan DNA itu menjadi buah pukul mati kepada Anwar Ibrahim dengan kaitan bahan bukti seperti cadar atau tilam. Apakah selepas ini akan timbul kembali episode pengusungan tilam, katil, tirai tingkap, seluar dalam Saiful atau gumpalan tisu yang semuanya mengandungi DNA Anwar?

Manakala pehak peguambela pula memang menjangkakan perkara itu boleh terjadi. Ini adalah berpandukan catatan sejarah tahun 1998. Dengan mendapat sedikit bahan DNA, sudah cukup untuk mereka melakukan kerja makmal bagi menggandakan jumlah DNA dalam simpanan itu. Maka mudah lah ianya dicalit ke merata-rata tempat bagi menyamakan dengan dakwaan Saiful. Jangan terkejut jika bilah kipas siling atau dinding bilik tidur juga ada kedapatan DNA DS Anwar Ibrahim. Maklumlah beliau kan seorang yang rakus!! Melepaskan gian setelah terlepas kes tahun 1998 dulu tu. (Alahai…)

Kebimbangan di pehak Anwar memang berasas. Kita jangan lupa betapa watak-watak sial TS Musa Hasan, Ghani Patail masih berada di anjung kuasa PDRM dan Kehakiman. Ketua Jenayah Bakri Zinin pun tak kurang juah dan angkuhnya. Begitu juga DPP Perreira yang asalnya hanya Koperal FRU sahaja. Manusia-manusia ini memang mengintai peluang untuk melonjak naik. Tidakkah sekongkolan Musa Hassan dan Ghani Patail berbalas budinya sehingga ke jawatan tertinggi? Kerakusan dan ghairah yang tidak bertepi melupakan mereka apa bala yang menimpa TS Mokhtar Abdullah, Azizan, Dr Ristina dan sebagainya.

Seperti yang ditulis banyak orang, DS Anwar memang berliku laluan politiknya. Pada tahun 1998 hanya tinggal setakah saja lagi menjadi Perdana Menteri, maka beliau menjadi kambing korban. Dalam suasana pasca Pemilu 13 juga begitu. Kuasa sudah hampir ke tangannnya melalui pendekatan yang pragmatic dan mencipta sejarah, tup-tup timbul pula kes liwat baru. Itulah dia kehodohan semangat Malaysia Boleh yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir.

Kesimpulannya, memang kelakar melihat kepada pelbagai alasan molek dan mulus oleh Pak Menteri mahupun pehak polis yang beria-ia mahukan DNA Anwar Ibrahim seolah-olah ianya boleh menyelamatkan ekonomi mahupun meringankan beban penderitaan rakyat sekarang.

Sekali pandang kelihatan seperti DS Anwar Ibrahim cuba mengelat atau melarikan dirinya, ataupun beliau memang ‘bersalah’ membalun bontot Saiful. Memang itu tanggapan yang dimahukan mereka. Rejim pemerintah baik kem Najib mahupun PakLah mahukan rakyat mempunyai persepsi negatif terhadap Anwar.

Persoalan titik bengik DNA ini perkara kecil sahaja yang kita boleh jangka dari mereka. Tidak langsung mendatangkan kehairanan kalau mereka punya perancangan yang jauh lebih makar seperti menumpahkan darah Anwar atau menghabiskan riwayat pejuang rakyat ini seperti apa yang menimpa Presiden Kennedy, Benigno Aquino atau Presiden Hosni Mubarak.

Dr Buasir

0 comments:

Post a Comment