Pages

Monday, July 21, 2008

Altantuya: Karpal Fail Notis

SHAH ALAM: Pengerusi DAP, Karpal Singh, hari ini memfailkan notis supaya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dipanggil memberi keterangan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Karpal yang juga peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya menfailkan notis kepada pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, jam 3 petang tadi.

Dalam notis itu, Karpal meminta agar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Md Yasin menggunapakai peruntukan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah untuk memanggil semula Balasubramaniam yang menadi saksi pertama pihak pendakwaan, supaya memberi keterangan.

0 comments:

Post a Comment