Pages

Thursday, July 3, 2008

Blogger @ Janna Syariza

Tertarik dengan perkembangan kes liwat anwar ibrahim, saya cuba mengenali dengan lebih dekat profil saudara Saiful Bukhari. saya dapat rasakan semua pembaca menerima byk bahan bacaan yang sama, terutamanya berkaitan dengan komen keluarga,kawan serta tunangnya.

Cuma yang menariknya saya melihat tunang saudara saiful mungkin hanya "aktif" menjadi blogger setelah tunangya mendedahkan kejadian yang berlaku. Saya agak musykil kerana blog ini hanya didafatarkan pada June 2008 dan posting yang pertama pada 30 June 2008 iaitu sehari selepas kes ini diumumkan oleh media. Mungkin saya terlepas pandang pada blog Janna yang lain tapi pautan blog ini menjadi platform yang utama bagi pelayar internet membaca bagaiman Janna menyampaikan pendiriaanya. Persoalan yang menarik disini adakah blog ini telah siap disediakan terlebih dahulu dan menanti untuk mensensasikan lagi isu ini ataupun sememangnya luahan perasaanya semata-mata. Kalau Janna menulis berdasarkan perasaan dan pedirianya terhadap isu ini.. well i have to salute u janna...cool and calm. Still ada masa untuk create blog dan menulis rasa hati. Uncle Pat pulak masih boleh tersenyum lebar dengan reporters..Saya cuma hairan melihat senario seperti ini dari segi psikologi seorang manusia normal sekiranya menerima sesuatu musibah yang tak terjangka. Tidak perlu saya ulas panjang dengan lebih lanjut lagi. Bak kata Nabil... Lu pikirlah sendiri....l u tengoklah sendiri....

0 comments:

Post a Comment