Luas betul ternganganya mulut rakyat Terengganu mendapat perkabaran `terindah` dari Datuk Amirsham di parlimen bahawa Petronas sebenarnya telah mengeluarkan RM7.364 bilion royalti minyak untuk Terengganu
Itupun sebenarnya hanya berjumlah sekadar 5 peratus sahaja daripada longgokan emas hitam yang dikorek diperairan Terengganu itu. Jumlah royalti itu ditentukan pula oleh kerajaan pusat dan bukannya oleh Petronas sendiri.
Baca lagi...
kalau royalti itu sebesar 20 peratus seperti yang dituntut Sabah kepada kerajaan persekutuan dan petronas jumlahnya akan menjadi empat kali ganda iaitu RM 29.4 billion.
Kesemua itu menunjukkan betapa kayanya negeri Terengganu yang bertuah dianugerah Allah dengan limpahan minyak. Jika dinilaikan nilai asal/sebenarnya yangg diperolehi petronas di perairan terengganu sahaja sebelum ditolak kos ialah RM 7.364 X 20 bersamaan RM157.38 bilion. Inilah jumlahnya yang pergi ke kantung petronas dari Terengganu.
Sepatutnya negeri Terengganu menjadi negeri termewah di semenanjung dan kerajaan persekutuan pula sepatutnya berterima kasih pula kepada Terengganu kerana sumbangannya kepada pusat. Menurut Amirsham wang royalti dibahagikan sama rata antara pusat dan negeri yang masing-masing menerima 5 peratus itu
Tapi, rasanya majoriti rakyat Terengganu tidak dapat menikmati limpahan rezeki yang besar di bumi mereka itu. Kata orang Negeri sembilan, `remahnya pun mereka tak dapat`.
Kemanakah perginya wang sebegitu banyak ? Soalan itu patut dijawab oleh pemimpin Terengganu dan tentunya juga oleh kerajaan pusat. Jika tidak gosip bahawa merekalah memunggah dan membolot wang yang sebegitu besar melalui projek hantu atau projek membazir ciptaan mereka sendiri.
Barangkali, pemimpin terlupa bahawa anak-anak Terengganu ramai yg berpendidikan dan celik maklumat. setakat ini rakyat Terengganu memang kolompok Melayu yang sabar dan sentiasa menghormati dan mempercayai pula manusia yg dipanggil pemimpin.
0 comments:
Post a Comment