Banyak Blog dan online news sapert Malaysiakini turut mengupas dengan mendalam peristiwa 13 mei dan terdapat banyak buku dan journal yang di tulis oleh pengarang Cina tentang significant dan faktor penyebab peristiwa. Ada yang mengatakan ia satu coup untuk menjatuhkan Tengku Abdul Rahman oleh Tun Abdul razak dan ada yang mengatakan ia konspirasi untuk mewujudkan Dasar Ekonomi Baru demi keuntungan orang Melayu. Memang tak masuk akal tetapi itu lah menunjukkan meluas nya analisa tentang 13 Mei oleh berbagai pihak.
Baca lagi...
Generasi muda muslimin perlu turut mengambil tahu sejarah ummah. Jangan hanya menerima apa yang di tulis tanpa mempunyai prinsip sendiri.
Peristiwa 13 mei 1969,berlaku selepas perarakan parti politik pada 10 mei 1969 . Parti kaum bukan melayu telah merasai mereka telah menang majoriti dan mereka mula berarak di jalan raya memaki hamun orang melayu. Berikut adalah catatan
The police had earlier permitted the procession to be held on May 9, 1969. But, the CUF elements illegally held the procession on May 10, 1969, to coincide with the polling day.
The report said: “These (CUF) elements defied Police instruction and organized a large parade in which an estimated number of ten thousand persons took part and marched through the centre of Kuala Lumpur, flouting every Police instruction. They chanted Maoist slogans, sang “the East is Red”, and displayed portraits of Mao Tse-Tong and the Red Flag. The parade passed through the heart of Kuala Lumpur and tied up traffic in almost every major street in the city, and provoked Malay bystanders with shouts of “Malai si!” (Death to the Malays!) and “Hutang Darah bayar darah (Blood debt will be repaid with blood).”
Terjemahan ringkas nya , polis telah membenarkan perarakan pada 9 mei 1969 tetapi puak elemen CUFCommunist United Front mengadakan nya pada Mei 10 1969 ia itu pada hari pilihanraya umum 1969. Laporan menyebut ' Communist United Force melanggar perintah polis dan mengadakan perarakan besar dengan anggaran 10,000 orang bergerak melalui pusat bandar KL. Mereka melaung slogan Moaist komunis, menyanyi lagu' Timur sudah merah' dan mengibar gambar Mao Tse Tong dan bendera merah komunis. Perarakan melalui pusat KL dan menyekat kenderaan di setiap jalan utama. Mereka membuat provokasi terhadap orang Melayu lalu lalang dengan menjerit ' Malai si ( Mati kepada orang Melayu) dan ' Hutang Darah bayar darah'.
Kita mesti faham bahawa selepas merdeka , elemen Komunis telah mengadakan gerakan pemberontakan komunis di hutan dan di bandar dan menyerap dalam persatuan politik dan buruh. Ini lah suasan politik pada masa itu.Orang melayu merupakan tulang belakang pasukan keselamatan yang berjaya mematahkan gerakan pemberontakan kominis dengan nyawa dan kecederaan. Walau pun sebahagian besar pemberontak kominis adalah orang Cina , ramai orang Cina mahu hidup aman dan berniaga.
Berita berkaitan peristiwa ini ada yang di tulis dan ada yang hanya di ceritakan dari mulut ke mulut. Sebuah buku yang di anggap laporan kertas putih peristiwa 13 mei di keluarkan oleh kerajaan untuk memberi tahu rakyat tentang peristiwa itu . Saya masih ingat kempen jangan percaya khabar angin yang di siar melalui radio dan tv . TV masa itu hitam putih dan saya rasa program yang paling menarik masa itu ialah ultraman.
Pertempuran berlaku hanya di KL dan ia tidak berlaku di Kelantan atau Terengganu. Memang pada masa itu saya masih kecil dan saya tidak mendengar pun orang melayu bunuh orang Cina di Terengganu. Perkara ini telah di puji oleh ramai bangsa yang bukan melayu kerana ia menunjukkan Islam mengatasi segala nya dalam tindakan orang melayu terengganu.
Mengikut cerita , terdapat kejadian menyedihkan dan boleh dikatakan pembunuhan beramai ramai terhadap orang Melayu Islam di KL dalam kekalutan rusuhan. Di sebuah panggung wayang di kawasan majoriti Cina , penonton melayu melihat tulisan cina disiar pada screen. Orang Cina mula keluar tetapi orang melayu yang tak tahu bahasa cina masih terus menonton. Selepas itu lampu di padam dan orang melayu yang keluar melalui pintu yang sempit di bunuh seorang demi seorang. Sampai sekarang kalau saya tengok panggung wayang lama di KL saya akan teringat kisah sedih itu.
Mengikut cerita orang tua , Sungai Klang penuh dengan mayat orang Melayu dan Cina dan india yang menjadi mangsa tragedi 13 mei. Terdapat serang menyerang kampung stinggan dan usir mengusir . Begitulah kelam kabut nya keadaan. Mujurlah Ankatan Tentera Di raja berjaya mengembalikan keamanan dan peristiwa itu berakhir dengan cepat walau pun perasaan marah masih membara di kalangan mangsa di semua pihak.
Peristiwa 13 mei membawa cerita sedih tetapi 13 mei juga lah yang menyebabkan kesedaran di semua pihak betapa penting nya semua bangsa di malaysia menghormati dan toleransi antara satu lain. Punca ketidak seimbangan pemilikan ekonomi yang di anggap faktor penyebab 13 mei telah cuba di perbetulkan dengan program socio ekonomi Dasar ekoonomi baru yang bermatlamat menjadikan sasaran ekuiti bumiputera 30 peratus walaupun mereka merupakan 60 peratus penduduk dan penduduk asal Tanah Melayu.
Peristiwa 13 mei sudah berlalu tetapi ia masih segar dalam ingatan. Namun bagi setengah dari mereka yang mengejar kekayaan dunia, mereka kadang kadang tidak begitu berhati hati bertindak dan berinteraksi . Sekarang orang bukan melayu sudah bercakap' go to hell with DEB'. Go to Hell with social contract dan go to hell with bumiputera. Kita risau sikap tidak bertanggungjawab boleh mencetus rusuhan yang lebih besar namun ada orang kata jangan ugut kami dengan 13 mei. Kita memberitahu mereka , semua rakyat malaysia tidak mahu berlakunya peristiwa 13 mei dan pemuda yang membawa 'penyapu besar' pada 10 mei itu pun tidak menjangka penyapu besar nya boleh membawa kepada peristiwa pembunuhan yang besar dalam sejarah Malaysia.
Kita berdoa kepada Allah azzawajal agar kita tidak menemui lagi peristiwa 13 mei tetapi hanya Allah yang akan menentukan apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Kita hanya hamba Allah yang menerima segala Qada dan Qadar.
0 comments:
Post a Comment