Tegur jgn tak tegur...sat lg hang lak kena pecat...huhuuhuu
Apa kena mengena bini dia dgn artikel ni?
------------------------------------------------------
Mungkin ramai sudah membaca atau menonton/mendengar berita bahawa Mukhriz tidak keluar UMNO tetapi mengeluarkan beberapa saranan dan teguran kepada Pak Lah.
Hairan dan pelik pula. Terasa semacam Mukhriz ini baru lahir semalam. Apakah dia tidak sedar atau terlalu kecil dan belum mumayyiz semasa ayahandanya menjadi pemimpin UMNO selama lebih 22 tahun? Atau dia mengidap penyakit “Melayu mudah lupa”. Tidakkah dia tahu bahawa ayahandanyalah yang telah memusnahkan UMNO sehinga “semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih” (kata Anwar).
Mukhriz mengatakan bahawa dia akan kekal dalam UMNO bagi membolehkannya “menjadi suara yang lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti“. Memang kini dia boleh mengatakan sedemikian kerana Pak Lah adalah jauh lebih toleransinya dari Mahathir dalam menerima kritikan (TETAPI mungkin Pak Lah tidak mendengar kerana terus terlena!).
Tambah Mukhriz lagi, beliau tidak gentar dengan sebarang bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atasnya. Memang betul untuk masa ini. Kalau zaman Mahathir dulu - sudah ramai yang kita saksikan dan kesiani.
Katanya lagi ‘‘Kali ini, saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan UMNO.’’ Tetapi Mahathir langsung tidak mengendahkan suara orang-orang Melayu menolaknya dan UMNO pada tahun 1999. Sebenar jumlah kerusi UMNO selepas PRU1999 adalah lebih teruk dari PRU2008. Cuma kali ini bangsa bukan Melayu yang banyak menolak BN (MCA/MIC/Gerakan). BN yang kalah teruk bukan UMNO.
Sekarang Mukhriz berani, ‘‘Saya mendesak agar Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan segera.’’ Pada tahun 1998, Anwar disumbat penjara kerana menyuruh Mahathir perkara yang sama.
Mukhriz turut menggesa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuka seluas-luasnya segala ruang demokrasi parti seperti termaktub dalam perlembagaan parti. Apakah dia tidak sedar bahawa di zaman ayahndanyalah UMNO dimusnahkan dan MT hanyalah menjadi “majlis suruhan” sekadar setuju tanpa bantah segala yang Mahathir kata? Siapa berani bersuara masa itu?
Dia kemudian mengungkit sistem kuota pemilihan parti yang perlu dimansuhkan. Siapa yang memulakan? Siapa yang mencengkam pemerintahan UMNO dengan kuku-besinya?
Katanya lagi, pucuk pimpinan parti tidak wajar mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti. DIa kena baca pelbagai arahan yang di keluarkan oleh ayahandanya sendiri.
Kalau kepada Mahathir saya katakan - kata orang aku yang lebih. Untuk Mukhriz - kuman di seberang nampak, gajah di depan matanya sendiri dia tidak nampak - mungkin ini yang paling tepat.
Sekian, IB
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment