"Memang betul hina
Melayu berkongres menghancurkan Melayu
Lihat sahaja di pasar raya
Perempuan Melayu habis di buka
Atas alasan mengikut 'tokey'
Habis di buka atas dan bawah
Orang tua Melayu sibuk berkongres
Orang muda Melayu memenuhi penjara
Muda mudi Melayu lentok kepala
Sungai,longkang, tong sampah di penuhi bayi sahaja
Mati di atas tar cuba buka rekod polis
Baca lagi...
Makin sibuk berkongres
Hidup Melayu makin terhimpit
Harga barang - barang naik lagi
Beras makin kurang kerana jamuan peserta kongres
Esok mau fakat - fakat pula ker
Pemerintah Melayu senang perut buncit belaka
Petani di desa perut sekeping makin menipis
Kerani di bandar mungkin makan maggi di tengah bulan
Pelajar Melayu makan burger hasil PTPTN
Kau orang Mau Fakat - fakat lagi
Habis saham di samun oleh orang Melayu jugak
Kouta juga dirembat oleh Melayu juga
AP ...AP orang mana rembat ni haa?
Bukan kah bermula dengan M.... juga
Amboi senang ajak berpakat
Habis si miskin tinggal tulang kulit aje
Rumah di bina di roboh penguasa
Bapak maufakat rumah mewah tinggalnya
Nak pakat apa lagi rumah pun dah berbeza
Penganjur Maupakat putar alam rasanya
Cakap berapi tindakan lakonan
Kalau benar bagai di kata
Jualkan dulu segala harta
Bantulah segala pengemis Melayu yang ada
Jualkan segala saham yang kalian miliki
Gunakan wang itu
Selesaikan hutang pelajar di menara gading
Wakafkan tanah kalian miliki
Bangunkan rumah untuk setinggal Melayu
Biar sama - sama susah
Baru boleh bermaufakat
0 comments:
Post a Comment