Baca lagi...
Jika benarlah mereka ini beria-ia sangat nak menegakkan Melayu kenapa dan mengapa beberapa perkara dari segi orang Melayu ini tidak selesai :-
* Mengapa di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia mata pelajaran matematik dan sains masih diajar dalam Bahasa Inggeris dan tidak dalam Bahasa Melayu seperti sebelumnya. Sekolah Kebangsaan yang sepatut nya aliran Melayu juga dinafikan hak untuk mengajar matapelajaran ini dalam Bahasa Melayu.Sebaliknya sekolah Cina yang tak ada sesiapapun yang bergegar-gegar berforum atau bermajlis sangat, berjaya mendapat hak mengajar matematik dan sains dalam bahasa mandarin.Melayu mana yang nak memperjuangkan dan mempertahankan perkara ini??? Mana dia Melayu UMNO ataupun lain-lain Melayu yang dikatakan Melayu sangat-sangat tu.
* Mengapa Melayu masih miskin dan dikatakan kaum yang paling miskin di Malaysia.Padahal asal usul Malaysia ini adalah dari Negeri2 Tanah Melayu.Maknanya kalau dikaji dari sejarah dahulu Malaysia ini Melayu yang punya.Sekarang ini mana dia Tanah Melayu ini.Siapa yang jual Tanah Melayu ini kepada bangsa asing.Tak payah cakap lah bangsa apa!Kalau bukan pemimpin Melayu sendiri yang jual.Lihat aje Singapura dulu siapa yang punya Tanah Singapura tersebut.Sekarang dan telah terjual Tanah Melayu adalah Wilayah Pembangunan Iskandar!!! Siapa punya tanah itu sekarang???
* Siapa yang mula-mula mendiskriminasikan orang Melayu jika bukan Melayu itu sendiri.Sebagai contohnya Melayu dari PAS dan PKR tidak layak untuk jadi kontraktor kelas F atau untuk ambil tender untuk membekalkan barang2 pada jabatan atau institusi kerajaan kerana mereka BUKAN MELAYU UMNO.Bukan kah Melayu PAS dan PKR tetap orang Melayu cuma parti nya aje yang berbeza.Apa yang lebih sangat Melayu UMNO??Bukankah orang Melayu sendiri yang mendiskriminasikan dan mencantas orang Melayu sendiri.Kenapa tidak ada keadilan kerana semuanya mempunyai hak sebagai orang Melayu dalam DEB dan juga sebagai rakyat Malaysia? Cuba tengok bangsa Cina adakah mereka mendiskriminasikan kaum mereka dalam hal perniagaan.Semuanya di kira sebagai bangsa cina dan fahaman politik di ketepikan apabila sampai kepada hal mencari atau mengusahakan perniagaan.
Cukuplah 3 perkara ini diselesaikan dahulu oleh Melayu-Melayu yang sibuk sangat nak berkongres ini.Semua kongres2 dan permuafakatan Melayu hanya perkara sia-sia, membazir dan menghabihkan boreh aje jika masalah Melayu peringkat akar umbi tidak diselesaikan dahulu.Adakah Melayu2 yang berkongres ini hanya tahu nak memperbetul dan memperbaiki yang atas sahaja?Apakah tujuan mereka semua?Adakah bertujuan, berniat dan bercita-cita untuk menggantikan pemimpin Melayu yang telah gagal yang ada sekarang ini dengan tujuan mereka pula mahu menjadi ketua atau pemimpin no1 orang Melayu?
Su..dah.. lah balik kampung lah dan mengadap tikar sembahyang dan berzikir serta minta keampunan ALLAH banyak2 lebih bagus dari sibuk nak berkongres memikirkan tentang Melayu jika 3 perkara atas tidak dapat diselesaikan.Maka jika resolusi terakhir Kongres Permuafakatan Melayu iaitu berikrar untuk menguatkan iman maka ini bukan hanya ikrar dan sebutan sahaja.Iman bukan hanya ikrar di mulut.Kalau ini hendak di laksanakan maka aku cadangkan semua yang ada dalam kongres itu balik dan pergi mencari tok2 guru untuk belajar ugama dengan lebih mendalam.Yang lebih bagus lagi masuk pondok dan mengaji lagi.Baru dapat tanamkan iman yang sebenarnya untuk mentauhidkan ALLAH bukan Melayu.
0 comments:
Post a Comment