Aku betol2 tak faham kenapa WP perlu ada kementerian. Tang mana rasional nya..aku pun tak pasti. Menteri syok sendiri la...
-----------------------------------------------------------------
Oleh Metro
Rabu, 21 Mei 2008
DESAKAN Ahli Parlimen, Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) supaya Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan tidak akan dilayan kerajaan berikutan dilindungi di bawah Akta Wilayah Persekutuan 1973.
Menterinya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, berkata kerajaan tidak akan tunduk pada desakan itu kerana kementerian berkenaan mempunyai peranan tersendiri.
“Ahli Wangsa Maju tidak faham hubungan di antara kementerian dan DBKL. Kerajaan mewujudkan kementerian itu di bawah Akta Wilayah Persekutuan 1973 dan menggaris beberapa dasar,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
Manakala Datuk Yussof Mahal (BN-Labuan) bangun menyokongnya dengan mengatakan Wilayah Persekutuan bukan untuk ibu kota saja.
Wednesday, May 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment