Pages

Tuesday, May 20, 2008

Lagi mesej Osama Laden

Syiah=Sunnah...sampai bila perbalahan ini?...benarkah wujud perbalahan dua mazhab ni?
Atau sekadar konspirasi memecah-belahkan umat islam di timur tengah?
--------------------------------------------------------------------------------------


Oleh AFP
Selasa, 20 Mei 2008

KETUA rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden menggesa umat Islam membantu menamatkan kekejaman Israel terhadap wilayah Gaza dan membantu menumbangkan kerajaan Yahudi demi membebaskan Palestin.

Osama dalam satu rakaman audio kelmarin menyatakan berpuluh-puluh warga Palestin terbunuh kerana sekatan di semua lintasan sempadan.

"Rejim Zionis berdiri sekarang ini bukan kerana kuasa miliknya tetapi kerana kerajaan negara-negara Arab yang berpecah-belah.

"Saya pasti Zionis dapat dikalahkan dengan mudah seperti yang dilakukan oleh tentera mujahidin menentang Rusia di Afghanistan atau Amerika Syarikat di Iraq," katanya.

Mesej terbaru sepanjang 23 minit itu menyeru umat Islam dari Indonesia hingga ke Mauritania untuk bangkit menentang kerajaan zalim.

Jutawan Arab Saudi itu turut menyelar pemimpin Syiah Lebanon, Hassan Nasrallah kerana menghentikan peperangan dengan Israel pada 2006.

"Hassan Nasrallah berkata dia tidak memerlukan wang... atau pejuang kerana dia sudah mempunyainya. Jika dia ikhlas mengapa tidak meneruskan pertempuran untuk membebaskan Palestin," kata Osama.

0 comments:

Post a Comment