-----------------------------------------------------------------------------------
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd . Nor berkata, beliau akan mengumumkan keputusannya sama ada menyertai Umno atau sebaliknya minggu depan.

Ezam hingga hujung minggu ini akan berada di luar negara untuk menghadiri seminar.
Terdahulu, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan langkah Ezam untuk kembali ke Umno sebagai sesuatu yang aneh memandangkan beliau adalah antara yang lantang mengkritik Umno sebelum ini.
Kata Wan Azizah, beliau agak terkejut dengan keputusan itu tetapi sudah diberitahu tentang kemungkinan itu sebelum ini.
“Saya agak terkejut kerana beliau adalah seorang yang lantang mengkritik Umno, malah mempunyai 'sumpah keramat’ semasa memegang jawatan Ketua Pemuda PKR.
“Bagaimanapun, saya tidak terkilan kerana telah banyak yang saya lalui sebelum ini dan ini adalah salah satu ujian daripada Allah.
“Itu adalah hak beliau (menyertai Umno). Tindakan itu tidak akan menjejaskan parti kerana kita punyai ramai ahli yang lain,” katanya.
0 comments:
Post a Comment