Pages

Sunday, March 10, 2013

Teori Konspirasi Yang belum Terbongkar

Kes Sauk pada 3 hb Julai 2000

Antara teori & andaian yang 'famous' adalah:-

1-Mustahil dalam masa 20 minit (seperti yang media laporkan) semua senjata berat & pelbagai jenis peluru (114 senjata, 15,200 peluru & 287 peralatan tentera) seberat hampir 3 tan boleh dimasukkan dalam ketiga-tiga Pajero yang digunakan Al-Ma'unah dalam rompakan itu.

2-Mustahil Al-Ma'unah dapat masuk ke kem yang dikawal ketat tu dengan mudah. Ini macam menunjukkan kedatangan mereka memang dah diketahui lebih awal atau lagi tepat,macam dah ada pakatan dari orang dalam.

3-Mustahil Al-Ma'unah dapat masuk ke gudang peluru & senjata dengan mudah sebab semua senjata dalam gudang biasanya dirantai satu sama lain.Malah pintu senjata tu sendiri ada prosedur yang ketat, maksudnya pintu hanya akan dibuka pengawal kat dalam gudang kalau orang yang nak masuk tu bagi password yang betul.

4-Mustahil Al-Ma'unah yang dah bertindak sungguh professional tu boleh bersembunyi kat belakang sekolah je yang jaraknya cuma lebih kurang 80 kilameter dari Kem 304 (kem yang baru saje mereka rompak).
Ini macam mereka sengaja panggil & jemput pasukan keselamatan untuk kepung & tangkap mereka. Segala-galanya macam dah diatur secara sistematik.

5-Mustahil Al-Ma'unah begitu mudah serah diri hanya lepas diperdengarkan lagu Allahyarham P.Ramlee
'Getaran Jiwa'
Lakonan semula oleh Mindef....Mengapa Mindef??

0 comments:

Post a Comment