Persoalan demi persoalan hadir setiap kali selepas sidang akhbar oleh KPN dan PAT.
Persoalan yang menarik perhatian:
1. Masa; berlaku ketika negara akan menghadapi pilihanraya ke 13 dan ketika kerajaan BN berada dalam keadaan sangat lemah.
2. Berapa orang pengganas sulu yang mendarat di Kampung Tanduo?
3. Bagaimana mereka berjaya menyeludup masuk ke Sabah?
4. Bagaiman mereka berjaya menyeludup masuk senjata? atau senjata dibekalkan setelah tiba ke Kampung Tanduo?
5. Mengapa kerajaan tidak mengambil tindakkan segera meneutralkan suspek ketika mereka menjejakkan kaki ke Kampung Tanduo? Sehingga kerajaan berani mengatakan mereka ini tidak merbahaya kepada keselamatan negara.
Pencerobohan ini menunjukkan seolah -olah pihak perisikan negara seperti SB PDRM, Research JPM dan Risik ATM amat lemah.
6. Apa hubungan Najib, Umno dengan keluarga Kiram?
7. Mengapa kerajaan menggunakan anggota PDRM dan tidak ATM?
Sedangkan anggota PDRM tidak mempunya cukup pengalaman perang sehingga terjadinya kematian 2 anggota VAT69 akibat bendera putih.
Langkah yang betul sekiranya pihak musuh menaikkan bendera menyerah diri, musuh diarah datang kearah pasukan, bukannya pasukan maju kearah musuh..silap beso!!!
8. Gambar-gambar kematian musuh yang amat diragukan kesahihanya yang kelihatan seperti dilakonkan.
9. Adakah kematian 6 anggota PDRM di Semporna mempunyai hubung kait dengan pencerobohan di Lahad Datu?
Foto mayat anggota SB yang terapung dibawah rumah air yang ditunjukkan oleh BH tidak memakai jaket kalis peluru seperti di Lahad Datu sedangkan sekiranya kes ini berhubung kait sudah pasti SOPnya adalah sama.
10. Tiada foto pengeboman atau musuh yang tertewas ketika jet-jet pejuang dikatakan mengebom kawasan musuh. Adakah jet-jet pejuang negara tidak secanggih jet-jet negara lain?
11. Hampir 10 hari peristiwa berlalu tetapi semua mayat musuh yang dikatakan hampir 60 orang masih tidak dapat dibawa keluar dari kawasan operasi.
Alasan yang diberi kawasan operasi masih belum selamat untuk pihak forensik PDRM menjalankan siasatan keatas mayat.
12. Kerajaan telah menghantar beratus-ratus anggota PDRM, Jet-jet pejuang dan 7 batalion anggota tentera dan beberapa batalion lain juga yang akan berangkat ke Lahad Datu.
Adakah kekuatan tentera sebegitu rupa masih tidak mencukupi untuk menghadapi ancaman dari 200 orang tentera Sultan Sulu?
Canggih sangatkah alatan peperangan yang digunakan oleh tentera sultan sulu sehingga mengambil masa yang panjang untuk ditumpaskan?
13. Jumlah kematian di pihak musuh amat meragukan. Kerajaan mengatakan 60 orang tetapi Jamalul Kiram III berkata hanya 10 orang sahaja yang tertewas.
Jamalul Kiram II meminta Putra Jaya membenarkan wartawan masuk kekawasan operasi untuk mengesahkan jumlah kematian.
Sedangkan pada awal konflik kononya Jamalul Kiram III sering berhubung dengan ketua komandernya di Lahad Datu walaupun ATM telah melakukan communication jammer.
14. Benarkah wujud konspirasi diantara Umno@Najib | Jamalul Kiram III | Aquino III??
0 comments:
Post a Comment