SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah. Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.
Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.
Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau.
0 comments:
Post a Comment