Pages

Thursday, February 5, 2009

Wakil Rakyat Bebas?

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “Wakil Rakyat Bebas”? Wakil Rakyat Bebas adalah mana-mana individu yang tidak terikat dengan mana-mana perkumpulan. Ini bermaksud bahawa ianya tidak lebih daripada “Melukut Di Tepi Gantang”, yang sewajarnya tidak melebih ataupun mengurangkan sesuatu bilangan.

Waktu ini kita boleh lihat bilangan ADUN Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama banyak bilangannya iaitu 28 orang. Ini tidaklah termasuk 3 orang ADUN yang khabarnya telah menjadi “Wakil Rakyat Bebas”.

Oleh yang demikian, maka mengikut undang-undang sediaada, maka pengumuman yang dilakukan oleh Najib Razak bahawa Barisan Nasional telah mendapat mandat majoriti untuk menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Perak Darul Ridzuan adalah tidak bertepatan dan salah disisi undang-undang serta perlembangaan.

Ini kerana kita tidak boleh mengambil kira bilangan “Wakil Rakyat Bebas” kerana pada dasarnya mereka tidak terikat pada mana-mana kumpulan. Dan jika ada pihak yang masih mempergunakan “Wakil Rakyat Bebas” dalam mencukupkan bilangan majoriti yang mereka perlukan, maka tindakan ini bolehlah dicabar dimana-mana mahkamah.

Jika “Wakil Rakyat Bebas” ini ingin dikira sekali didalam bilangan mana-mana kumpulan, maka sewajarnya mereka menukarkan status “Wakil Rakyat Bebas” kepada “Wakil Rakyat Barisan Nasional” atau “Wakil Rakyat Pakatan Rakyat” dan inilah yang sewajarnya. Jika tidak maka tindakan mereka mengekalkan status “Wakil Rakyat Bebas” ini boleh dicabar di Mahkamah.

Mengikut peruntukan perundangan yang sedia ada, “BEBAS” bermaksud tidak menyebelahi mana-mana pihak dan ianya perlu kekal sebegini.

Oleh yang demikian, jika Sultan Azlan Muhibbuddin Shah adalah seorang yang mahir (fasih) dalam peruntukan undang-undang, maka sewajarnya pengumuman yang dibuat oleh Najib Razak adalah terbatal kerana Najib Razak menggunakan bilangan majoriti yang termasuk dengan “Wakil Rakyat Bebas”. Namun sebaliknya boleh berlaku sekiranya Sultan Azlan Muhibbuddin Shah tidak mengambil kira rasional yang dibangkitkan.

Jika Sultan Azlan Muhibbuddin Shah tidak mengambil kira rasional yang dibangkitkan dalam isu “Wakil Rakyat Bebas”, maka mana mungkin rakyat jelata di Negeri Perak Darul Ridzuan akan menjunjung duli dan seterusnya akan mencemuh tindakan Sultan yang tidak mencerminkan mandat rakyat dimana perlunya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan.

Pembubaran DUN Perak adalah satu tindakan yang paling wajar dimana mandat untuk memilih pimpinan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan diberikan semula kepada rakyat jelata (pengundi) di negeri tersebut. Inilah sebaik-baik tindakan yang perlu diambil oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah jika beliau masih menjunjung keadilan dan kesaksamaan serta keluhuran perlembagaan.

0 comments:

Post a Comment