Pages

Thursday, January 15, 2009

Tak perlu layan budak "beringus"!

Semalam saya ambil cuti dari berceramah. Saya ambil peluang untuk mendengar ceramah di Ibu Pejabat Perhubungan PKR Trengganu, disana ada Azmin Ali, Cikgu Bard dan Zuraidah.
Cikgu Bard benar-benar memukau hadirin, dan Azmin Ali menanam semangat yang tinggi kepada komitmen.
"Kita tak perlu layan budak beringus tu. Dulu dia kata ada 6 kotak, rupa-rupanya dia yang masuk kotak tu!" Kata YB Azmin Ali.
"Kalau ada surat, ada ini dan ada itu, keluarkanlah, nak tunggu apa?" dan beliau menyifatkan budak ini sebagai sedang berusaha nak dapatkan pengiktirafan didalam UMNO dan malangnya dia itu terbuang dan terpinggir dari UMNO.
Bila Azmin bekata sedemikian, saya teringat kepada ucapan Nik Abdul Aziz yang berkata: "Rasuah salah, tak rasuah kalah, jadi semua tak tentu arah". Budak beringus tu dah tak tentu arah, nak buat apa kita peduli kepada manusia yang tidak ada moral itu?
Budak ini dulu kata pemimpin-pemimpin UMNO, semuanya korup-korup-korup, apa dia tak kata kepada pemimpin-pemimpin UMNO tu, tapi sekarang dia jilat balik ludahnya. Betapa busuk dan rendahnya moral budak itu, dan kita tidak akan layan lakonannya mencari kebodohannya sendiri!
Cikgu Bard mendedahkan bahawa sebelum DEB, orang Melayu berkedudukan ditempat kedua dibidang ekonomi, pertama orang Cina dan ketiga orang India. Setelah 30 tahun DEB dijalankan, maka kedudukan orang Cina tetap nombor satu, orang India naik ke tempat kedua dan orang Melayu jatuh ke tempat ketiga.
Ukuran yang dibuat adalah dengan kadar pendapatan per kapita, satu ukuran yang tidak pernah betul, kerana pendapatan semua jutawan dicampurkan dengan orang papa kedana dan selepas itu dicarikan average pendapatan. Sebenarnya rakyat ramai tak kira apa kaum berada dengan pendapatan rendah manakala pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tanpa mengira kaum memilikki segala-galanya.

0 comments:

Post a Comment