Pages

Sunday, January 18, 2009

Mencari Sebab Kekalahan Umno

BN ada sebab dan alasan sendiri kenapa mereka kalah walaupun telah bekerja kuat untuk mempertahankan kerusi Kuala Terengganu. Bukan sedikit wang yang dileburkan di sepanjang tempoh kempen selama 10 hari itu. Nampak sangat BN menghabiskan wang begitu banyak termasuk kepada pihak yang tidak sepatutnya dihulurkan turut sama terhulur!

Betapa tidak wartawan yang menggunakan kemudahan di Pusat Media disediakan Jabatan Penerangan dan pejabat MB Terengganu pun turut sama dihulurkan wang. Saya kurang pastikan apakah wartawan Melayu yang bergelewatan di Pusat Media itu turut menerima wang yang dikatakan dihulur dalam sampul oleh pihak BN berjumlah RM300 itu. Yang jelasnya hanya wartawan Cina saja yang buat laporan polis kononnya mereka di rasuah.

Biasanya bila kalah bermacam-macam alasan yang dicari. Yang pastinya Umno akan salah menyalah antara sama lain. Semua tidak mahu mengakui kalau parti sudah kalah. Begitulah lumrahnya manusia amat liat untuk mengakui kesilapan.

Untuk malam ini misalnya seorang pemimpin Umno Kelantan telah mendedahkan kekalahan itu disebabkan sikap Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein yang disifatkan bertindak nak jadi pelanduk yang hendak meniru gajah berak besar. Hishamuddin katanya cuba nak berek atas pusu kemudian bagi tahi tahi dia besar.

Katanya BN kalah pada malam akhir bila mana projek Hishamudin tidak menjadi. Malam terakhir itu Hishamuddin memberi tahu sepupunya Mohd Najib Razak dia akan kumpul 10,000 pemuda Umno untuk keluar mengundi. Dakwanya 10,000 pemuda itu semuanya akan mengundi Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Malangnya malam semalam hanya 2,000 sahaja pemuda yang keluar yang lain tidak menunjukkan muka atau mungkin juga angka 10,000 iu omong kosong saja. Pemuda yang keluar diberikan RM100 seorang sebagai upah mengundi BN. Manakala yang lain pula tidak diberikan wang. Mereka yang tidak dapat wang memboikot pilihan raya itu.

Natijahnya projek Hishamuddin itu memakan diri sendiri bila mana hanya 2,000 sahaja pemuda yang keluar mengundi manakala selebihnya tidak keluar mengundi. Menurut pemimpin Umno Kelantan yang meninggalkan Kuala Terengganu sebelum pukul 5:00 petang lagi, sebab itulah saluran pengundi muda yang akan mengundi Umno tidak keluar mengundi.

Selain daripada itu pemimpin berkenaan juga menyalahkan sikap Wan Ahmad Farid. Katanya Wan Ahmad Farid tidak makan nasihat, masih terus dengan perangai sombong dan eletisnya.

Menurutnya Wan Ahmad Farid sudah diajar supaya bersikap merendah diri, hemah dengan orang kalau perlu pakai kain pelikat bila berjumpa pengundi, beliau kena berlakun. Tetapi nasihat itu tidak didengari langsung.

Bagaimana pun menurut pemimpin Umno itu bagus juga Wan Ahmad Farid kalah untuk menginsafkan Najib Razak yang begitu konfiden BN akan menang. Hari ini selepas kalah baru Najib reti politik dan selepas ini dia tidak akan merasa 'manggak' (action) sangat. Setidak-tidaknya pilihan nraya itu turut memberi pengajaran kepada Najib.

Apakah ada sebotaj dari kalangan Umno terhadap Wan Ahmad Farid?, tanya saya. Pemimpin itu hanya ketawa sambil berfikir demo fikirlah sendiri.

0 comments:

Post a Comment