Pages

Monday, September 1, 2008

Tempoyak Tempoyak Juga

Ini ada satu peribahasa baru yang saya tujukan khusus kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Peribahasanya berbunyi begini “Tempoyak Tempoyak Juga, Manakan Boleh Menjadi Keju”.

Gelagat UMNO (BN) di Negeri Perak Darul Ridzuan (negeri kelahiran saya) semakin hari semakin kalut. Apa tidaknya, bekas Menteri Besar Perak, Tajol Rosli menegaskan bahawa UMNO (BN) akan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada 31hb Ogos 2008. Nampaknya mereka masih lagi terikat dengan “gila meroyan”. Susah juga kalau dapat bekas Menteri Besar Perak yang asyik “gila meroyan”.

Ayahanda saya dahulunya ahli Parti Perikatan (Kapal Layar) sebelum keluar dan bersama dengan Hisbul Muslimin (PAS) sejak dari awal penubuhannya. Walaupun pernah menjadi ahli Parti Perikatan (sehingga keperingkat yang tinggi juga), namun setelah menjadi Ahli Hisbul Muslimin (PAS) tidak pernah beliau (setahu saya) menghidapi penyakit “gila meroyan” untuk kembali mendapat pengaruh dan kuasa seperti yang pernah beliau dapat didalam Parti Perikatan (Kapal Layar). Baginya biarpun menjadi ahli biasa, perjuangan (agama, bangsa dan negara) perlu diteruskan.

Oleh yang demikian, sayugia saya ingin nasihatkan kepada Tajol Rosli bahawa adalah wajar beliau menutup mulutnya dari banyak berkata-kata itu dan ini yang mana akhirnya akan menunjukkan kebodohan yang amat nyata terhadap dirinya. Lagi banyak beliau berkata-kata (terutamanya di TV) lagi mudahlah orang ramai dapat melihat sikap “gila meroyan” yang ditonjolkannya.

UMNO Perak kini nampaknya sedang dalam proses untuk menunjukkan bahawa merekalah juara kepada isu Islam dan Melayu di Negeri Perak Darul Ridzuan. Malah kata-kata Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin yang menyebut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri nampaknya dipengaruhi oleh sentimen yang sama.

Beliau juga mendesak Menteri Besar turut memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina.

Persoalannya disini, adakah anda (dan saya) pernah mendengar Kerajaan Perak dibawah pimpinan UMNO (BN) memberikan (menganugerahkan) tanah untuk dibina sekolah pondok? Setahu saya bukan setakat memberikan tanah, malah wang dari Zakat Negeri Perak pun ada yang tidak pernah sampai ke sekolah pondok (atau sekolah agama) jika ianya ditadbir oleh Mudir yang condong kepada PAS.

Malah terdapat banyak sekolah pondok, sekolah agama rakyat (SAR) dan sebagainya yang telah dianaktirikan semasa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (UMNO) di negeri Perak sejak sekian lama. Apakah bantuan yang pernah (Kerajaan Barisan Nasional) beri kepada Maahad Al Ehya As Syariff di Gunong Semanggol Perak selama ini? Cubalah Tajol Rosli dan UMNO Perak senaraikan supaya boleh kita (warga Perak) dapat menilaikannya.

Akhir kata, saya ingin nasihatkan UMNO Perak dan Tajol Rosli (khususnya) supaya jangan “gila meroyan”.

“Deghoyan pun akan menjadi tempoyak akhirnya”

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

0 comments:

Post a Comment