....Saya ingin bertanya kepada mereka yang terlalu ghairah mengharamkan dan mengistiharkan semua amalan yang tidak difahami mereka sebagai luar dari Islam, apakah mereka faham implikasi kenyataan dan dakwaan mereka ini?
(Pencacai Umno yang mengalami sakit rohani dan jasmani...pemikiran beginilah yang cuba ditanamkan didalam pemikiran umat Islam).
Dewasa ini ada juga ‘Aroma candle’ yang dijual dipasaran. Lilin beraroma ini dinyalakan untuk menghasilkan bau-bauan wangi dan menggantikan amalan orang Melayu dahulu yang membakar setanggi dan kemenyan. Adakah, mengikut pandangan bijak pandai ini, yang kelihatan amat kurang bijak pada masa ini, bahawa aroma candle ini juga haram?
Maka adakah kerana gereja membunyikan loceng maka ummat Islam diharamkan menggunakan loceng? Adakah perlu kita mengharamkan bunyi loceng di sekolah-sekolah, kereta bomba dan basikal penjual aiskrim? Mungkin juga perlu sekiranya otak kita sebeku aiskrim yang dijual!
Oleh kerana tanda salib itu adalah tanda agama Kristian, maka adakah semua yang menyerupai salib, seperti tanda campur ‘+’ dan huruf ‘t’ perlu juga kita haramkan dari penggunaan ummat Islam? Dan seterusnya jalan yang berbentuk simpang empat perlu diharamkan kerana apabila dilihat dari udara kelihatan sebagai salib?
Pemikiran yang sebegini tidak selari dengan kaedah mengharamkan sesuatu atas sebab ‘lizattihi au lighairihi’. Sabaliknya ianya hasil dari pemikiran yang terlalu phobia dan defeatist. Inilah punca mengapa ummat Islam satu ketika dahulu digalakkan menjauhkan diri dari semua perkara, “kerana takut tergelincir” sedangkan menjauhkan diri dari semua adalah dengan sendirinya suatu kegelinciran. Pemikiran sebegini ingin ummat Islam mengasingkan diri dan terasing dengan sendirinya dari keterlibatan masyarakat umum. Ummat Islam akan hanya mampu bercampur dan bersatu sesama sendiri serta memimpin hanya untuk masyarakat muslim. Mungkin inilah maksud yang tersirat.
Mungkin sekiranya DS Nizar pegang lampu pelita minyak gas ianya akan dilihat ‘ok’ oleh mereka ini.
Artikel Asal: Blog Khalid Samad
0 comments:
Post a Comment