Pages

Thursday, January 23, 2014

ORANG FASIK

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

Surah Al-Hujurat Ayat 6.

Maksud Fasik.

Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut syarat fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan. Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:

Peringkat pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.

Peringkat kedua:melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.

Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar did dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.

Imam Syafie mengharuskan orang fasik menjadi imam, pendapat ini diutarakan kerana dizaman beliau ramai pemimpin yang fasik. Sungguhpun demikian mereka rajin bersolat dengan rakyat jelata dan menjadi imam. Telah menjadi adat pada waktu itu, jika ketua atau raja tanpa mengira fasik atau tidak, dialah yang akan menjadi imam solat jika berjemaah.

Imam Syafie berpendapat orang yang fasik tidak sah menjadi wali nikah, Imam Abu Hanafi dan Imam Maliki berpendapat wali fasik Harus menjadi wali kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya.justeru dia lebih layak menjadi wali perkahwinan anaknya dan sebagainya.

Jika orang fasik menjadi pemimpin, ketua negara atau sebagainya, maka segala arahan nya yang tidak bercanggah dengan syariat islam hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percanggahan dengan syariat Allah maka mestilah ditolak, tidak harus dipatuhi.

Petikan:Tafsir Al-Hujurat (Tuan Guru Abdul Hadi Awang).

Senyumm... jangan kata apa-apa..



Friday, January 17, 2014

MELAYANI PEMIMPIN MAKSIAT

Jom tengok Najib solat...


Perangi Pemimpin Maksiat

Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".

Thursday, January 16, 2014

GEMA POLITIK KANGKUNG

Baru-baru ini Najib telah menyuarakan ketidakpuashatian beliau terhadap respon rakyat apabila harga sesuatu barangan menurun. Beliau merasakan dengan penurunan harga barang tersebut akan membantu rakyat menyerap tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Najib mahu rakyat memuji langkah kerajaan pimpinannya yang telah berjaya membantu rakyat dengan penurunan harga barang tersebut.

Barang yang dibanggakan oleh Najib yang berjaya menurunkan harganya ialah sayur KANGKUNG.....Sah..memang bangang Najib niii


Macam-macam troll...jahanam kau Najib..hahahahahaaaa




Dengar kabarnya si pencipta remix Najib Kangkung telah ditahan polis...memang lawak remix KANGKUNG NAJIB...hahahahaaa







Tuesday, January 7, 2014

Lilin yang bersalah

Gua ambil sedikit petikan dari blog Khalid Samad untuk melyan kebodohan pengikut-pengikut umno yang menyebarkan kebodohan mereka itu kepada rakyat.

....Saya ingin bertanya kepada mereka yang terlalu ghairah mengharamkan dan mengistiharkan semua amalan yang tidak difahami mereka sebagai luar dari Islam, apakah mereka faham implikasi kenyataan dan dakwaan mereka ini?


(Pencacai Umno yang mengalami sakit rohani dan jasmani...pemikiran beginilah yang cuba ditanamkan didalam pemikiran umat Islam).

Sekiranya menyalakan lilin adalah upacara ibadat Kristian dan orang Islam haram melakukannya, berapa ramai telah sesat apabila menyalakan lilin semasa ‘black out’ atau terputusnya bekalan elektrik di rumah pada waktu malam? Silap-silap yang menuduh sendiri pun pernah melakukannya. Berapa ramai pula peniaga Islam yang telah bersubahat dengan menjual lilin di kedai mereka? Kecuali dijual dengan notis bukan untuk dinyalakan!

Dewasa ini ada juga ‘Aroma candle’ yang dijual dipasaran. Lilin beraroma ini dinyalakan untuk menghasilkan bau-bauan wangi dan menggantikan amalan orang Melayu dahulu yang membakar setanggi dan kemenyan. Adakah, mengikut pandangan bijak pandai ini, yang kelihatan amat kurang bijak pada masa ini, bahawa aroma candle ini juga haram?

Maka adakah kerana gereja membunyikan loceng maka ummat Islam diharamkan menggunakan loceng? Adakah perlu kita mengharamkan bunyi loceng di sekolah-sekolah, kereta bomba dan basikal penjual aiskrim? Mungkin juga perlu sekiranya otak kita sebeku aiskrim yang dijual!

Oleh kerana tanda salib itu adalah tanda agama Kristian, maka adakah semua yang menyerupai salib, seperti tanda campur ‘+’ dan huruf ‘t’ perlu juga kita haramkan dari penggunaan ummat Islam? Dan seterusnya jalan yang berbentuk simpang empat perlu diharamkan kerana apabila dilihat dari udara kelihatan sebagai salib?

Pemikiran yang sebegini tidak selari dengan kaedah mengharamkan sesuatu atas sebab ‘lizattihi au lighairihi’. Sabaliknya ianya hasil dari pemikiran yang terlalu phobia dan defeatist. Inilah punca mengapa ummat Islam satu ketika dahulu digalakkan menjauhkan diri dari semua perkara, “kerana takut tergelincir” sedangkan menjauhkan diri dari semua adalah dengan sendirinya suatu kegelinciran. Pemikiran sebegini ingin ummat Islam mengasingkan diri dan terasing dengan sendirinya dari keterlibatan masyarakat umum. Ummat Islam akan hanya mampu bercampur dan bersatu sesama sendiri serta memimpin hanya untuk masyarakat muslim. Mungkin inilah maksud yang tersirat.

Mungkin sekiranya DS Nizar pegang lampu pelita minyak gas ianya akan dilihat ‘ok’ oleh mereka ini.

Artikel Asal: Blog Khalid Samad

Friday, January 3, 2014

PENDERHAKA KEPADA PEMERINTAH YANG ADIL

Kemarin Mufti Perak sambil memuji penjajah British, beliau mengeluarkan pendapat (fatwa?) bahawa puak-puak yang berdemonstrasi di Dataran Merdeka ketika menjelang tarikh 1.1.2014 adalah penderhaka@pemberontak.


Gua percaya Mufti mengeluarkan pendapat begitu bersandarkan Al-Quran, hadis-hadis sahih  dan ijtihad.

Masaalahnya, gua TURUN bukan nak memberontak, hanya sekadar menunjukkan bantahan sebab ada hadis sahih yang membenarkan gua buat begitu.

Perangi Pemimpin Maksiat
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat".
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".


Maklumat lanjut apa itu bughah,.klik sini.

ANDAINYA AKU PERGI DULU

Ya, Allah..sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana..

Demi kebenaran agamaMu yg dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, hamba Mu berserah diri kepada Mu Ya, Allah..dan mengharapkan keredhaan dari Mu semata-mata..

Ya Allah....Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..
Ampunkah dosa-dosa hamba Mu ini dan terimalah taubatku..
Kau ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku dan seluruh umat Islam yang hidup atau yang telah mati ..

Ya, Allah Tuhan yang Maha Penyayang..
matikanlah aku sekiranya itu yg baik bg ku..
panjangkanlah usiaku sekiranya itu baik bagi ku..

 Ameennn