Pages

Tuesday, November 12, 2013

RENAISSANCE; SATU DETIK PERMULAAN.

Pada Zaman Kegelapan Barat, yang memegang tampuk pemerintahan adalah golongan gereja. Mereka mengusai masyarakat Kristian yang tidak berilmu. Masyarakat menganggap golongan gereja inilah yang dapat menyelamatkan mereka. Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak-anak muda yang telah pergi belajar ke negara-negara Islam seperti Andalusia dan sebagainya. Waktu itu, Islam telah maju dalam bidang sains.

Islamic Spain (711-1492)
The Court of the Lions, an open space with a fountain surrounded by statues of lions The Court of the Lions, Alhambra, Spain © Islamic Spain was a multi-cultural mix of the people of three great monotheistic religions: Muslims, Christians, and Jews.


Although Christians and Jews lived under restrictions, for much of the time the three groups managed to get along together, and to some extent, to benefit from the presence of each other. It brought a degree of civilisation to Europe that matched the heights of the Roman Empire and the Italian Renaissance.
 ~BBC~

Apabila mereka yang telah belajar di negara Islam itu pulang, mereka telah membawa kemodenan bersama mereka. Kemajuan itu telah menggugat kedudukan golongan gereja yang selama ini boleh memperbodohkan masyarakat waktu itu.

Golongan gereja melihat golongan terpelajar ini sebagai satu perkara yang perlu disesarkan. Maka, mereka telah menggunakan kuasa mereka yang ada untuk menjatuhkan golongan terpelajar itu. Mereka telah membunuh golongan trpelajar, membakar perpustakaan, buku-buku tulisan mereka dan berbagai ancaman.

Golongan gereja mencipta alat-alat seksaan untuk menyeksa orang-orang sains. Mereka menjustifikasikan perbuatan mereka itu adalah untuk menyelamatkan roh mereka supaya mereka selamat di akhirat kelak.

Namun, golongan terpelajar itu telah melawan balik. Akhirnya mereka telah berjaya mendapat kuasa. Inilah yang dinamakan Zaman Renaissance.

Florence, the center of Renaissance

Apabila mereka telah berkuasa, mereka telah menundukkan kuasa agama. Kerana mereka telah lihat bagaimana bahayanya orang agama bila berkuasa. Mereka tidak memusnahkannya terus sebaliknya mereka merendahkan kedudukannya untuk kegunaan peribadi sahaja. Dalam hal-hal peribadi, boleh pakai agama, tapi dalam hal lain, kena pakai intelek manusia. Inilah konsep sekular. Inilah permulaan konsep sekular diperkenalkan dalam dunia.

Hasilnya, masyarakat semakin jauh dari agama. Tiada lagi kebergantungan kepada Tuhan. Mereka memandang bahawa dalam hal kehidupan, mereka hanya gunakan intelek sahaja. Agama sudah tidak ada lagi kesan dalam kehidupan. Hanya digunakan dalam hal-hal tertentu sahaja.

Model ini telah dibawa kepada negara-negara yang mereka jajah. Mereka juga telah menjajah kita dahulu. Konsep ini telah diterapkan dalam masyarakat kita. Oleh kerana itu, hal-hal agama hanya dalam perkara tertentu sahaja, seperti nikah kahwin, kematian, khitan dan sebagainya. Tapi hal undang-undang, pemerintahan dan hal-hal yang penting, bukan diambil dari agama lagi.

Itulah yang Rasulullha SAW sedih sangat. Kerana baginda telah ditunjukkan kesan kerosakan yang dibawa oleh golongan Kristian itu. Asalnya agama mereka telah sesat. Mereka merosakkan lagi keadaan dengan menentang kemajuan sains yang dibawa oleh golongan terpelajar itu. Itu adalah kerana agama Kristian menolak kemajuan kerana ianya memang agama yang sesat. Kemajuan tidak boleh duduk bersama dengan agama Kristian. Lain dengan agama Islam. Islam tidak ada masalah dengan logik akal dan kemajuan sains. Tapi kerana kesan kesesatan ahli agama Kristian itu, semua agama telah terpalit dengan kebodohan mereka itu.

Produk yang mereka keluarkan adalah materialism. Mereka hanya memandang hal luaran sahaja. Mereka tidak mementingkan Tuhan lagi. Mereka hanya mahukan keseronokan dan bagaimana hendak memberi nikmat kepada badan sahaja. Tidak kepada batin lagi. Manusia sudah tidak melihat kepada kehidupan selepas mati, tapi hanya mementingkan kehidupan keduniaan sahaja. Nafsu tubuh badan dipuaskan semaksima mungkin. Kesan ini telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam sendiri.


sumber: http://tafsirsunnah.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment