JOHN GALT SEORANG BIJAK PANDAI, SEORANG "PHILOSOPHER AND INVENTOR" YANG MERASA KETIDAKADILAN DALAM HIDUPNYA APABILA DIA HARUS BEKERJA UNTUK MENYARA HIDUP.
Ayn Rand's classic novel about the economic carnage caused by big government run amok was practically a job requirement.
AKIBAT TEKANAN YANG DIHADAPINYA ITU BELIAU TELAH MENGUMPULKAN KAWAN-KAWAN DARI GOLONGAN BIJAK PANDAI DALAM BERBAGAI BIDANG TERMASUK SENI DAN KEJURUTERAAN UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH PERTUBUHAN RAHSIA YANG DINAMAKAN GALT'S GULCH (gulch is a deep V-shaped valley formed by erosion).
DENGAN VISI “I AM GOING TO STOP THE MOTOR OF THE WORLD” JOHN GALT MULA MENAKLUK EKONOMI DAN POLITIK AMERIKA .
AKHIRNYA SELEPAS 12 TAHUN BELIAU MERANCANG EKONOMI DARI BELAKANG TABIR, BUAT PERTAMA KALINYA BELIAU MUNCUL DIUDARA MEMBERI UCAPAN YANG BERAPI-API. DIKETIKA BELIAU TELAH MENGGANTIKAN PRESIDEN USA.
BELIAU AKAN MENGAJAK MANUSIA BERSAMANYA ATAU MUSNAH BERSAMA-SAMA SISTEM KEHIDUPAN KITA KINI IAITU KAPITALIS, SOSIALIS DAN KOMUNIS. DUNIA MENUJU KEARAH KEMUSNAHAN TOTAL TERLALU CEPAT.
HANYA JOHN GALT PENYELAMAT DUNIA KETIKA ITU KONONNYA...FUCKKK!!
KEMUSNAHAN-KEMUSNAHAN DARI SEGI MORAL YANG DITULIS DIDALAM NOVEL INI SEPERTI YANG BIASA DIBACA DIDALAM HADIS-HADIS SAHIH AKHIR ZAMAN.
SECARA MUDAHNYA AYN RAND MENDEDAHKAN JALAN PENYELESAIAN KEPADA MASAALAH YANG BAKAL BERLAKU ADALAH SISTEM KEHIDUPAN MANUSIA HARUS MENGASINGKAN CAMPURTANGAN KERAJAAN DARI MEMPENGARUHI EKONOMI SEPERTI MANA TINDAKAN KERAJAAN MENGASINGKAN AGAMA.
JIKA INI BERTERUSAN... DAN SEDANG BERTERUSAN SATU KUASA YANG LEBIH BESAR AKAN MENGAMBIL ALIH SISTEM KEHIDUPAN KITA HARI INI KAPITALIS, SOSIALIS MAHUPUN KOMUNIS.
SEGALA HARAPAN MANUSIA HANYA KEPADA DIA KERANA KETIKA ITU KITA BERGANTUNG KEPADANYA UNTUK TERUS HIDUP.
It is an Illuminati book. The book was ordered written and produced by Philip Rothschild, the leader of the Illuminati in his day and age. It was ordered written by a woman named Ayn Rand. She was, at that time, one of Philip Rothschild's mistresses. She was already a well-known author and her books sell nationwide. She wrote this book, it was suppose to be a novel. It's 1100 pages. It was written as a novel supposedly, but it is a code book. And what's in the book, is a step by step plan to take over the whole world by taking over the United States. The main characters of Atlas Shrugged are code names for individuals or Corporate interests and companies. The code is as follows:
Dagny Taggart —- Ayn Rand
Dagny’s brother —- The combined Railroad System
Ellis Wyatt —- David Rockefeller
Hank Rearden —- U.S. Steel, Bethlehem Steel
Francisco D’Anconia —- Combined Copper Mines
Galt, D’Anconia, and the Pirate —Rothschild Tribunal
Gua kongsikan sedikit pandangan berhubung Atlas dan Atlantis yang gua copy dari blog..
Tidak ramai yang akan percaya sekiranya kita sandarkan penceritaan Atlantis sebagai pulau yang dihuni dajjal dengan mitos dan dongeng semata-mata. Nanti dikata, cerita lebih kepada fiktif dan imaginasi sendiri pula kan? Maka itu, ada himpunan fakta lain yang lebih terang dan meyakinkan bagi menghubungkan kisah Atlantis dengan seorang manusia aneh yang penuh misteri. Ia adalah hasil kajian terperinci yang ditulis oleh Dr. Maurice M. Cotterell dan Adrian Gilbert di dalam karya 'The Mayan Prophecies'. (Kalau mat salleh yang berkaliber kaji dan buat buku, barulah orang boleh percaya. Kan?).
Buku yang dihasilkan mereka ini cuba membongkar rahsia sebenar pembina piramid dan kompleks binaan agam kaum Maya di Selatan Mexico. Di dalam percubaan mencari asal usul dan pencetus sebenar tamadun Maya, mereka telah membuat analisis yang panjang tentang Atlantis. Dari sinilah ditemukan fakta bahawa kaum Maya mempunyai hubungan terus dengan penghuni Pulau Atlantis.
Misteri tamadun Maya memang aneh. Ia terbina begitu lama, wujud dengan penuh kegemilangan namun akhirnya terbiar dan ditinggalkan. Penduduk asli Maya meninggalkan tamadun mereka dengan penuh misteri. Seluruh penduduk kota hilang begitu sahaja. Dr. Maurice M. Cotterell dan Adrian Gilbert mengkaji siapa pencetus sebenar tamadun yang wujud di tengah-tengah hutan belantara Mexico yang tebal itu. Yang pasti ia bukan lahir dari kaum asli Maya atau dengan kata lain ia bukan berasal dari nenek moyang mereka. Ia datang dari luar.
Itulah kesimpulan mereka. Namun siapakah orang luar itu masih menjadi tanda tanya. Ramai yang percaya tamadun mereka datang dari makhluk angkasa seperti pendapat Erich Von Denikan. Beliau menjadi masyhur dan dikenali dalam dunia misteri UFO apabila bukunya, 'Chariots of Gods' menjadi international bestseller. Namun pada ketika yang lain, Dr. maurice dan Adrian Gilbert membuktikan sebaliknya pula. Mereka dapat menemui secara pasti bahawa pencetus sebenar tamadun Maya sebenarnya datang dari arah laut, bukan angkasa.
Menurut mereka, tamadun yang wujud, seolah-olah berserakan dan berkembang dengan perlahan mengikut jejak seorang pengembara. Ia berjajaran dari pesisir pantai hingga ke pedalaman Mexico, membawa ke tanah tinggi Peru hingga ke Afrika. Corak kewujudan dan tinggalan monumen misteri ini dapat dipetakan secara jelas. Ia membuktikan pencetus tamadun ini menggunakan jalan laut dan seterusnya berkelana mengikut jalan darat.
Dari sinilah dapat di kesan kelahiran nama-nama yang berkaitan dengan pulau Atlantis wujud secara misteri. Dr. Maurice dan Adrian percaya semua ni bukan secara kebetulan bahkan ia mempunyai makna yang tersirat. Menurut beliau, Atlantis tidak hanya merujuk kepada sebuah pulau, malah terdapat sebuah gunung di benua Afrika yang dikenali sebagai Gunung Atlas yang sudah ada sejak zaman purba lagi. Terdapat juga sebuah pekan lama di pinggir pantai Amerika Selatan yang diberi nama Atlan oleh orang dahulukala. Kaum pribumi yang tinggal di jajaran pantai utara dan barat Afrika pula digelar Atlantes manakala kaum pribumi Amerika digelar sebagai Aztec dari Aztlan.
Sementara itu, laut yang membentang sehingga ke benua Asia Barat dinamakan Lautan Atlantik. Semuanya berakar dari kata nama Atlantis. Ia berlaku dalam tempoh masa yang berdekatan serta nama-nama ini telah wujud secara warisan.
".... look at it! An Atlas mountain on the shores of Africa, an Atlan town on the shores of America, the Atlantes living along the north and west coast of Africa, and Aztec people from Aztlan in Central America, an ocean rolling between the two worlds called Atlantic, a mythological deity called Atlas, holding the world on this shoulders, and an immemorial tradition of an island of Atlantis. Can all these things be an acident?"
Terjemahan :
".... lihatlah! Dengan Gunung Atlas di pesisir pantai Afrika, dengan bandar Atlan di pesisir pantai Amerika, dengan kaum Atlantes yang tinggal di utara dan barat Afrika, dan kaum Aztec berasal dari Aztlan di Amerika tengah, dengan lautan Atlantik yang membentang di antara dua dunia, adanya tuhan mitos dipanggil Atlas yang memikul dunia di atas bahunya, dan tradisi memperingati sebuah pulau bernama Atlantis. Apakah semua ini berlaku secara kebetulan?".
Menurut Dr. Maurice dan Adrian, semua ini tidak terjadi secara kebetulan. Ia pasti mempunyai susur galur sejarah yang tersendiri. Sudah menjadi tradisi dan lumrah pengembara atau perintis untuk menamakan lokasi yang dijejaki oleh kakinya dengan namanya sendiri. Sungguh, perintis dan pengembara ini mahu dikenang sehingga akhir umur dunia.
Ketika mereka berusaha menjejaki 'pencetus tamadun misteri' ini, mereka telah menemui tanda-tanda bahawa semua ini berasal dari orang yang sama. Malah mereka telah sepakat dengan satu kesimpulan, bahawa tamadun ni telah dicetuskan oleh seorang manusia misteri yang diangkat menjadi tuhan dan diberi pelbagai gelaran. Antara penemuan yang mengukuhkan hipotesis mereka ialah apabila mereka dapat mengesan kewujudan upacara ritual atau amalan yang serupa pada lokasi dan tapak monumen misteri ini. Ia seolah-olah berakar dari satu sumber sedangkan jarak lokasi di antara tempat-tempat ini jauh dan berbeza.
Apa yang cuba digambarkan adalah, manusia misteri ini telah diberi pelbagai gelaran dan nama bersesuaian dengan lokasi operasinya. Dia bertanggungjawab memperkenalkan ilmu baru (sihir) dan membina tamadun (ilmu sains tabii) bersama penduduk asli. Setelah kehadirannya dapat diterima baik, maka dikerah seluruh tenaga manusia untuk membina monumen aneh mengikut citarasanya. Oleh kerana itulah, binaannya mempunyai ciri-ciri mistik dan secara kultus serta persembahan korban yang dilakukan setiap tahun untuk memperingati dan memuliakan bangsa syaitan yang menjadi sembahan mereka.
Menurut Dr. Maurice dan Adrian lagi, kaum Maya telah mencapai tahap kemuncak pentadbiran pada waktu itu. Mereka berupaya menjajah daerah lain, menjadikan kaum yang dijajah sebagai korban sedangkan sebelum ini mereka adalah kaum yang mundur. Di masa ini, tumbuhan dan tanaman hidup subur, pelbagai kecemerlangan lain diperolehi. Semua ini berpunca dari manusia aneh yang hidup bersama mereka.
Dari semua teks dan kitab lama tinggalan masyarakat purba Maya, jelas menggambarkan, manusia aneh yang digelar sebagai 'perintis' oleh kedua pengkaji ini mempunyai cita-cita besar dan dia bukan calang-calang manusia. Ini kerana, dia diterima sebagai dewa dan penyelamat oleh masyarakat purba Maya. Lebih mengejutkan lagi, di dalam terjemahan teks yang ditemui, individu misteri itu menyatakan bahawa dia akan kembali pada suatu hari nanti (the I WILL BE BACK part is here again). Malah dia turut meramalkan tarikh kemusnahan dunia (kiamat) iaitu pada tahun 2012.
Siapakah manusia aneh dan misteri ini? Dia datang dari arah laut, menggunakan pelbagai gelaran nama dan menghubungkan kehidupannya dengan Atlantis. Kenapa Atlantis begitu signifikan dengannya? Atlantis wujud dengan penuh propaganda. Di pulau itulah wujudnya tuhan bernama Atlas yang memikul dunia di atas bahunya. Dialah tuhan yang mahu menguasai dunia. Dialah dajjal yang ditunggu-tunggu oleh pengikutnya yang setia. Pengikut Arthurian yang setia. Dan pulau misteri itu adalah Atlantis yang pernah dihuninya.
Sumber: Welcome To My Not-So-Secret World
0 comments:
Post a Comment