MANA MUNGKIN SATU KEBETULAN??
PERMAINAN APAKAH INI??
PERMAINAN APAKAH INI??
PETIKAN DARI TULISAN TT..
"Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis Antarabangsa.
Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit putih sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionis berada di Washington DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.
Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan begitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.
Ini bukan teori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti sahih tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.
Kita semua telah diberitahu bagaimana APCO telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan yang dikaitkan dengan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan dikaitkan dengan Zionis telah didakwa menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Gerombolan ini dikatakan telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini bukan teori.
Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) - media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro-Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.
Parti PAS melalui Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikut PAS, Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza - sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan PAS terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa perpecahan.
Sebenarnya isu Palestin ini bukan isu politik asas - bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan agenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.
Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di TV isu ‘sokongan Anwar terhadap Israel' ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah - terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel' di muka depan mereka.
Teladan dari Front Sosialis
Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan agenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel walhal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel, maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.
Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan agenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.
Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya: Kenapa TV atau media kita tidak membuat berita dan penyelidikan tentang bom nuklear Israel? Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.
Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kisah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.
Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Agenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca.
Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu perkara yang tidak fundamental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah agenda utama. Bahasa hanyalah agenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perikatan kaum kiri pecah.
Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan teladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa - racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. Dua-dua debat ini bukan agenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.
Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan".
Artikel Asal: MKini
2 comments:
Inikah yang berlaku ke atas PAS dan PAN?
Inikah yang berlaku ke atas PAS dan PAN?
Post a Comment