Pages

Thursday, May 9, 2013

Berteori lagi..China dan Selat Melaka

Di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak telah dijumpai bukti alat batu berusia lebih 1.83 juta tahun dahulu..1.83 juta tahun dahulu Tanah Melayu telah didiami manusia??...Fakta bukan auta.

Teori aku terhadap evolusi Kerajaan Melayu Nusantara sehingga terbentuknya, Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia.

Pada sebelum 3 masihi orang-orang Melayu menganut agama seperti agama Buddha-Hindu dan mengamalkan budaya Melayu sebagai satu cara hidup. Beradap, mesra, bersopan santun dan saling hormat-menghormati.



Selepas mendapat pentarikhan keseluruhan Lembah Bujang dan jeniang- kerajaan awal ini didapati meliputi lebih 1000km persegi. maka ini menggambarkan satu kerajaan yang gemilang? tapi kerajaan apa?
Lembah Bujang sebelum ini ialah hanya dikatakan bukti penghujung abad ke-4-5 Masihi saja yang jelas beragama Buddha-Hindu. Pada hal Selat Melaka telah digunakan sejak sebelum Masihi lagi.

Wang Ta-yuan(汪大淵)in the ‘Dao-yi-zhi-lue (島夷誌略)’ published in 1345, briefly described on San-fo-chi in the Yuan times. 「自龍牙門、去五昼夜至其國。人多姓蒲。習水陸戦、官兵服薬、刀兵不能傷、以此雄諸國。」 “From Long-ya-men (龍牙門=Keppel Harbor?) one can arrive at San-fo-chi (Srivijaya/Lembah Bujang) after 5 days journey. Many people have the family name of Pu (meaning Arab people). People are skillful in fighting on the sea and land. The solders took drug before fighting and they were not injured by the sword, therefore surrounding states fear them so much.”

Sebelum keruntuhan tamadaun Melayu secara total pada tahun 1900, Kerajaan Nusantara Tanah Melayu menguasai bidang pentadbiran dan pendidikan. Ekonominya berkembang sangat pesat dibawah naungan sistem yang berasaskan kepada nilai-nilai Islam.



Raja-Raja Melayu telah mengeksport berbagai-bagai jenis rempah-ratus, emas, besi dan pekerja-pekerja mahir di bidang perkapalan.

Negara China adalah penaung dan rakan dagang utama Kerajaan Melayu Nusantara pada ketika itu . Pedagang-pedagang dari India, Arab dan Eropah akan bertemu dengan pedagang-pedagang dari China di pelabuhan-pelabuhan Kerajaan Melayu Nusantara.

Selat Melaka menghubungkan Lautan Pasifik (adalah kumpulan air terbesar di dunia. Ia mencakupi kira-kira sepertiga permukaan Bumi) dengan Lautan Hindi di sebelah barat, dan Selat Magellan menghubungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Atlantik di sebelah timur.
Pelabuhan-Pelabuhan di Nusantara adalah diantara pelabuhan yang sibuk di dunia ketika itu. Selat Melaka adalah laluan kapal-kapal dari Arab, Eropah dan India yang hendak ke China kerana kemajuan yang dicapai oleh negara China di bidang teknologi pertanian dan industri pembuatan.

Peta dunia hari yang digunapakai pada hari ini.



Peta dunia yang dihasilkan oleh Laksamana Cheng Ho disekitar tahun 1400. 



Dari peta ini kita dapat melihat kepentingan pelabuhan-pelabuhan  di Kerajaan Melayu Nusantara bagi kapal-kapal pedagang dari Eropah dan China.

Selat Melaka adalah penjana ekonomi bagi Kerajaan Melayu Nusantara di bawah naungan Maharaja China.

Tahun 1200

Kerajaan Melayu Nusantara mula menerima cahaya keislaman. (Raja Perlak)

Kemasukan pedagang dari kalangan Freemason yang berpangkalan di Goa,  India.

Tahun 1400

Kerajaan Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Pattani.

Tahun 1700

Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Selangor.

Tahun 1800

Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Keruntuhan sistem Maharaja China akibat serangan dari Negara Perancis (Sino-French War) pada tahun 1888.

Kerajaan Melayu terputus hubungan dengan Maharaja China akibat dari "War Game" ataupun dipanggil Revolusi.

Tahun 1900

Negara Malaysia mula dibentuk oleh British.

Imran Wan Chik menulis secara ilmiah didalam blognya disini..

0 comments:

Post a Comment