Kerap gua berangan nak jadi ahli pasukan gerak khas..
Menjalankan misi dalam satu operasi sulit..
Terasa macam James Bond pulak..
Akibat niat dan keinginan yang terlalu kuat, gua berpeluang mengikuti kursus kepimpinan bersama Pasukan Khas Laut yang dijalankan di Lumut. Gua tinggal selama 8 hari di Lumut sambil mengikuti secebis latihan lasak yang dijalankan oleh Paskal. Betul-betul lasak.
Selain berpeluang menaiki kapal, kami juga diberi tunjuk ajar menggunakan pistol dan assault rifle yang biasa digunakan oleh pasukan khas. Selepas puas menembak kami dikehendaki mengutip setiap butir peluru yang bersepah diatas tanah..
Tekanan dan cabaran yang dilalui selama 8 hari bersama Paskal adalah kenangan terindah didalam hidup gua.
Semangat dan ketahanan pasukan khas ini memang tidak dapat dipertikaikan lagi.
"Apabila kumpulan pertama seramai 11 orang anggota Paskal, termasuk saya, mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana..." ~xnuripilot~
Setakat yang aku tahu.. ini diantara pasukan komando di malaysia..
Pasukan Khas
RGK.
PASKAL.
PASKAU.
UTK.
PGK.
UNGERIN.
Pasukan Elit
PAC.
STAR Maritim.
JMF Elite Force.
Apa yang membezakan pasukan khas dari pasukan-pasukan lain..
Nahhh..ini dia..
Balaclava..baru la nampak jahat.
Selain itu alatan dan senjata-senjata yang dimiliki juga canggih dan terkini untuk diguna pakai dalam operasi terbuka dan sulit.
Untuk melepasi tahap pemilihan layak mengikuti kursus sebagai anggota pasukan khas sahaja sudah cukup mencabar mental dan fizikal manusia.
Dalam kejadian di Kampung Baru, seorang kanak-kanak dijadikan tebusan. Pihak UTK telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Latihan yang berterusan tanpa jemu telah menambah kecekapan anggota ketika beroperasi.
0 comments:
Post a Comment