Pages

Saturday, October 9, 2010

Perlu nya Ikhwanul-muslimin yang lebih kukuh.

Dajjal sedang membinasakan tamadun dan kehidupan manusia agar kembali ke zaman jahilliah melalui hiburan.

Peperangan yang tiada henti, bencana alam yang melanda dan kebuluran umat manusia menjadi alat menakutkan kita.

Sehingga kita mempercayai duit yang berkuasa dan menjadi hamba suruhan demi kepuasan dunia.

Di sebelah mana kita akan berjuang setelah fikiran kita di kelirukan oleh nafsu dan media-massa.

Di akhir nanti, atas nama keserhanaan dalam Islam mampukah kita menilai mana pihak yang benar?

Berkongsi untuk menambah maklumat.

Ramai orang yang mempersoalkan kerajaan-kerajaan 'Islam' middle east yang terus sekadar memberi 'kecaman keras' kepada Israel atau sekadar berdiam diri disaat saudara Palestin dinoda. Mereka mempersoalkan kenapa dah kaya minyak, ada kekuatan tentera, kenapa tak bersatu semua negara Islam dan serang Israel yang terang-terang merogol tanah Palestin disiang hari? Nak tahu jawapan kepada persoalan ni, kita kena rujuk balik sejarah kejatuhan Empayar Khalifah Turki Uthmaniyah dalam perang dunia pertama.

Sewaktu perang dunia pertama, kerajaan khalifah turki uthmaniyah(ottoman) merupakan antara kuasa besar yang menyertai peperangan. Sebagai simbol kuasa besar Islam pada waktu itu, perang dunia pertama juga menyaksikan hancurnya pemerintahan khalifah dan lupusnya institusi khalifah (One Muslim Leader for One Ummah) menyebabkan umat Islam pecah kepada banyak fraction yang ada sekarang ini.

Kalau kita tengok balik WW1, Ottoman pegang kekuasaan keatas banyak negara Arab termasuk haramain (tanah suci mekah dan madinah). Haramain ini adalah simbol kekuasaan khalifah, dan dalam sejarah khalifah Islam. Tak ada mana-mana khalifah yang dapat mengisytiharkan diri sebagai khalifah tanpa penguasaan keatas haramain. Tak dapat jadi khalifah tanpa ba'iah kesetiaan daripada penduduk haramain. Jadi disini, British yang waktu tu berperang psikologi dgn Ottoman tahu kepentingan Haramain.

Haramain waktu itu diperintah oleh syarif al-Hussain yang dilantik oleh khalifah Ottoman. Dan ketika peperangan berlaku antara Ottoman dan British, al-hussain telah dipengaruhi untuk rebel dan claim authority over Haramain. Dengan alasan, kenapa perlu mekah dan madinah dipegang oleh orang Ottoman padahal ianya tanah arab(Nasionalisme dihasut menyebabkan perpecahan perpaduan ONE ummah of Islam), maka turki hilang kuasa atas haramain menyebabkannya semakin lumpuh dan parah. Bait-bait nasionalisme, perpaduan bangsa dan perkauman telah menembusi semangat umat Islam ditanah-tanah Arab. Maka menyebabkan mereka menjalankan 'Arab Revolt'.

Dalam masa yang sama, bait perkauman Ottoman juga semakin berkumpul menyebabkan kaum turki muda dan sekular diketuai mustaffa Kemal atartuk mula mahu menjauhkan diri drpd pemerintahan khalifah dan mendirikan pemerintahan republik bebas daripada pengaruh khalifah. Ini semua dijalankan dgn bantuan British. Di Egypt juga pada waktu itu dihantar pegawai British T.E Lawrence untuk membantu pergerakan nationalisme kenegaraan dalam usaha negara Arab membebaskan diri dari Empayar Ottoman. Semua ini penting kerana British tau jika Ottoman jatuh, tak ada lagi penyatuan negara arab dan umat islam yang akan menjadi ancaman kepada agenda mereka yang seterusnya.

Bermacam usahasama 'murni' antara Arab dan British dalam menjatuhkan Ottoman cthnya Arab menyediakan kekuatan manusia dan british menyediakan bantuan senjata. Mereka bersama menyerang Hejaz Railway' yang penting pada waktu tu untuk menghubungkan empayar ottoman dengan Madinah(haramain) kerana British tau, tanpa railway ini, Ottoman empire akan hilang kepercayaan dan influence terhadap haramain.

Sehinggalah kepada penaklukan Jerusalem yang diketuai oleh Allenby, seorang pegawai British dengan bantuan tentera-tentera Arab. Maka, tanah suci taklukan Salahudin Al-ayubi, dipijak oleh Allenby dengan kata-kata 'the crusade is now over'. Dan Arab-arab bergembira kerana telah 'merdeka' dari Ottoman tetapi tanpa sedar telah membantu dalam komplot antara British dgn pemimpin arab dalam membunuh sistem khalifah islam.

Lepas tu, Syarif al-hussain yang telah menguasai haramain membuat proclaim baru iaitu, dialah khalifah baru bagi umat Islam memerintah dari tanah Mekah dan madinah. British yang memang pada niat asal mereka mau bunuh institusi khalifah tak gemar dengan dakwaan hussain ini kerana British bukan mahukan kejatuhan empayar ottoman sahaja, tetapi kejatuhan seluruh empayah kekhalifahan umat Islam. Maka, sebarang attempt seperti oleh syarif hussain ini untuk merevivekan kembali khalifah adalah tak digalakkan. Maka British membuat perjanjian dengan Abd Aziz Ibnu Saud untuk membantu abd aziz ni menjadi King Abd Aziz, King of the Arab Saudi dengan menewaskan Hussain. Jadi, penewasan syarif al-husain ini jelas menunjukkan yang british bukan mahu membantu Arab menuntut kemerdekaan dari Ottoman, tetapi mahukan kejatuhan empayah ottoman, khalifah umat Islam demi melaksanakan agenda mereka yang seterusnya iaitu penaklukan Jerusalem untuk pemodal-pemodal british iaitu Yahudi untuk membina penempatan di Jerusalem atau Israel.

yahudi yang menaja perang dunia pertama memang mahukan Jerusalem. Ini dapat dilihat dalam surat oleh Yahudi kepada khalifah Mehmed V (Khalifah Ottomen ketika perang dunia pertama) yang menulis bahawa yahudi akan memberi bantuan kewangan dan membayar hutang-hutang Ottoman dengan syarat yahudi diberikan kebenaran untuk menetap di Jerusalem. Namun Mehmed V bertindak menolak permintaan surat ini dan mengisytiharkan jihad Islam terhadap pakatan Allies dalam perang dunia pertama dengan menjawab, Selagi beta hidup dibumi ini, tanah jerusalem akan beta jaga sebagai amanah umat Islam." Namun jihad ini dihancurkan dengan bantuan orang Arab - muslim sendiri atas alasan semangat nasionalisme.

Jadi, dah tau sejarah ni. Maka tak peliklah kenapa king saudi dan beberapa kerajaan middle east lain terus berdiam diri dalam kes israel dan palestin. Tak ada yang isytiharkan jihad. Jawapannya adalah kerana mereka ni semua tak mau melawan tauke. Tauke dah bantu kaum kerabat mereka dapat kuasa memerintah negara. Takkan mereka mau lawan.

Selepas ni, kita anak muda kena tau. Pemimpin yang sebenar untuk memimpin negara adalah anak muda, adalah rakyat sendiri. Maka, kita kena lengkap diri dengan ilmu dan sebarkan pengetahuan ni. InsyaAllah jika kita mula dari sekarang. Maka tak mustahil lagi 1 atau dua generasi, akan lahir generasi yang tidak buta sebelah mata (one-eyed) dan hanya melihat berdasarkan satu belah ja. InsyaAllah akan lahir generasi yang bebas dari segala penipuan dan cover up stories of our history dan terus berani untuk berjihad dan menegakkan yang benar. Akan lahir lebih ramai pejuang Hamas yang menegakkan kebenaran walaupun dengan sekadar batu melawan missile serta terbentuk satu perpaduan ummat islam. Ikhwanul muslimin yang lebih kukuh dan tidak beragenda selain daripada kebenaran. Maka, sedar. Yang kita tak boleh harapkan king-king talibarut yahudi. Kita hanya boleh mengharapkan diri sendiri dan anak muda kerana anak mudalah yang bakal menggegarkan dunia.

*Isu yang sama juga sedang berlaku diMalaysia dan anak mudalah yang harus sedar daripada penipuan oleh mereka-mereka yang telah tua dan korrupted.

insyaAllah.

Oleh : Reverie malaya

0 comments:

Post a Comment